752
0
Home  ›  Bukan Bidadari  ›  Download  ›  Drama  ›  Slot Lestary TV3

Bukan Bidadari, Slot Lestary TV3 [TAMAT]

Bukan Bidadari, Slot Lestary TV3 [TAMAT] | DramaTvOnline-1


Bukan Bidadari mengisahkan Inas, seorang gadis kaya yang mempunyai sikap manja dan sombong mendapati hidupnya menjadi tunggang langgang setelah kematian bapanya. Inas dan ibunya, Suraya resah apabila mengetahui arwah ayahnya mempunyai banyak hutang dan mereka tidak ditinggalkan sebarang harta untuk meneruskan kehidupan.



Tanpa arah tujuan, mereka pulang ke kampung Suraya dan tinggal bersama kakak Suraya, Hawa. Inas begitu benci akan kehidupannya di kampung dan menyalahkan ibu dan arwah bapanya atas tragedi yang telah menimpa dirinya. Namun, ada seorang pemuda di kampung yang bernama Kamal telah jatuh hati dengan Inas dan sanggup buat apa sahaja agar Inas bahagia hidup di kampung.



Nasib Inas tidak habis di situ apabila dia diperkosa oleh bekas teman lelakinya, Shidi yang datang mencarinya di kampung. Tidak lama kemudian, Inas mendapati dirinya mengandung. Kamal cuba untuk membantu Inas tetapi Inas terlalu degil demi mencapai cita-citanya untuk keluar daripada kampung itu dan mencari kebahagiaannya sendiri sehingga dia sanggup meninggalkan anak yang dilahirkan.

Baca juga: Bukan Bidadari, Slot Lestary TV3 [TAMAT]


Sementara itu, semasa di Kuala Lumpur Inas telah bertemu dengan Arif, anak usahawan yang kacak dan berbudi pekerti. Akhirnya Inas berkahwin dengan Arif tanpa mendapatkan restu daripada ibunya. Malangnya, selepas berkahwin dengan putera hatinya, barulah dia sedar yang Arif seorang yang baran dan sering mendera emosi dan fizikal Inas.

Beberapa kali Inas cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Disebabkan tidak sanggup menerima seksaan oleh Arif, Inas telah mempelajari seni mempertahankan diri secara senyap-senyap. Akhirnya Inas berjaya melepaskan dirinya dengan membunuh Arif. Inas pulang ke kampung mencari ibunya dan Kamal. Namun hampa hatinya apabila mendapati Kamal sudah menjadi tunangan orang. Apakah nasib Inas seterusnya? Masih adakah peluang ke dua buatnya untuk bertakhta di dalam hati Kamal? Adakah benar Arif telah meninggal dunia seperti sangkaan Inas?



Lakonan Nad Zainal (Inas), Azlee Khairi (Kamal), Shaarnaz Ahmad (Ariff), Sara Ali (Ayu), Fiza Halim (Suraya), Zuhairi Ibrahim (Ibrahim), Muniff Isa (Shidi), Azhar Sulaiman (Roy), Liza Zain (Hawa), dan Wan Raja (Ali).

Baca juga: Tonton Bukan Bidadari Episod 13 (Akhir)


Total 13 Episod
Episod 13 - 18 Sept | Mediafire (Akhir)
Episod 12 - 11 Sept | Mediafire
Episod 11 - 04 Sept | Mediafire
Episod 10 - 28 Aug | Mediafire
Episod 09 - 14 Aug | Mediafire
Episod 08 - 07 Aug | Mediafire
Episod 07 - 31 July | Mediafire
Episod 06 - 24 July | Mediafire
Episod 05 - 17 July | Mediafire
Episod 04 - 10 July | Mediafire
Episod 03 - 03 July | Mediafire
Episod 02 - 26 Jun | Mediafire
Episod 01 - 19 Jun | Mediafire

Related Post
Mahabbah, Slot Samarinda TV3 (Download) [1-25] TAMAT
Mahabbah, Slot Samarinda TV3 (Download) [1-25] TAMAT Sinopsis Mahabbah: Sesungguhnya setiap percintaan mempunyai kisah ter…
3 Janji, Slot Lestary TV3 (Download) TAMAT
3 Janji, Slot Lestary TV3 (Download) TAMAT Sinopsis 3 Janji Drama ini mula di tayang Selasa minggu depan men…
4
Seindah Sakura, Slot Akasia TV3 (Download) TAMAT
Seindah Sakura, Slot Akasia TV3 (Download) TAMATSinopsis penuh drama Seindah Sakura yang menggantikan Drama Cinta Buat…
Bunga-Bunga Syurga, Slot Zehra TV3 (Download) [1-13] TAMAT
Bunga-Bunga Syurga, Slot Zehra TV3 (Download) [1-13] TAMAT Sinopsis Penuh Episod 13 - 08 Jun | Mediafire Part 1 Part 2 Ep…
3
5 comments
Additional JS