752
0
Home  ›  Bukan Bidadari  ›  Slot Lestary TV3  ›  Tonton Online

Tonton Bukan Bidadari Episod 11

Tonton Bukan Bidadari Episod 11 | DramaTvOnline-1


Tonton Bukan Bidadari Episod 11

Bukan Bidadari mengisahkan Inas, seorang gadis kaya yang mempunyai sikap manja dan sombong mendapati hidupnya menjadi tunggang langgang setelah kematian bapanya. Inas dan ibunya, Suraya resah apabila mengetahui arwah ayahnya mempunyai banyak hutang dan mereka tidak ditinggalkan sebarang harta untuk meneruskan kehidupan.

Tanpa arah tujuan, mereka pulang ke kampung Suraya dan tinggal bersama kakak Suraya, Hawa. Inas begitu benci akan kehidupannya di kampung dan menyalahkan ibu dan arwah bapanya atas tragedi yang telah menimpa dirinya. Namun, ada seorang pemuda di kampung yang bernama Kamal telah jatuh hati dengan Inas dan sanggup buat apa sahaja agar Inas bahagia hidup di kampung.

Baca juga: Bukan Bidadari, Slot Lestary TV3 [TAMAT]



Nasib Inas tidak habis di situ apabila dia diperkosa oleh bekas teman lelakinya, Shidi yang datang mencarinya di kampung. Tidak lama kemudian, Inas mendapati dirinya mengandung. Kamal cuba untuk membantu Inas tetapi Inas terlalu degil demi mencapai cita-citanya untuk keluar daripada kampung itu dan mencari kebahagiaannya sendiri sehingga dia sanggup meninggalkan anak yang dilahirkan.

Sementara itu, semasa di Kuala Lumpur Inas telah bertemu dengan Arif, anak usahawan yang kacak dan berbudi pekerti. Akhirnya Inas berkahwin dengan Arif tanpa mendapatkan restu daripada ibunya. Malangnya, selepas berkahwin dengan putera hatinya, barulah dia sedar yang Arif seorang yang baran dan sering mendera emosi dan fizikal Inas.

Baca juga: Tonton Bukan Bidadari Episod 13 (Akhir)



Beberapa kali Inas cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Disebabkan tidak sanggup menerima seksaan oleh Arif, Inas telah mempelajari seni mempertahankan diri secara senyap-senyap. Akhirnya Inas berjaya melepaskan dirinya dengan membunuh Arif. Inas pulang ke kampung mencari ibunya dan Kamal. Namun hampa hatinya apabila mendapati Kamal sudah menjadi tunangan orang. Apakah nasib Inas seterusnya? Masih adakah peluang ke dua buatnya untuk bertakhta di dalam hati Kamal? Adakah benar Arif telah meninggal dunia seperti sangkaan Inas?

Lakonan Nad Zainal (Inas), Azlee Khairi (Kamal), Shaarnaz Ahmad (Ariff), Sara Ali (Ayu), Fiza Halim (Suraya), Zuhairi Ibrahim (Ibrahim), Muniff Isa (Shidi), Azhar Sulaiman (Roy), Liza Zain (Hawa), dan Wan Raja (Ali).

Tonton Bukan Bidadari Episod 11 - CLICK HERE!

Related Post
Tonton Dendam Pencinta Episod 8, Slot Ratu TV9
Tonton Dendam Pencinta Episod 8, Slot Ratu TV9 Tonton Dendam Pencinta Episod 8, Slot Ratu TV9  Drama Denda…
Tonton Julia Episod 21, Slot Akasia TV3
Tonton Julia Episod 21, Slot Akasia TV3 Tonton Julia Episod 21, Slot Akasia TV3  Amir (lakonan Fizo…
Tonton Tali, Telemovie Istimewa Aidiladha TV2
Tonton Tali, Telemovie Istimewa Aidiladha TV2 Tonton Tali, Istimewa Aidiladha TV2 Tayangan: Telemovie Khas A…
Tonton Darjat Episod 13, Slot Azalea TV3
Tonton Darjat Episod 13, Slot Azalea TV3 Tonton Darjat Episod 13, Slot Azalea TV3 Darjat drama terbaru me…
Post a Comment
Additional JS