Monday, October 28, 2013

Love You Mr Arrogant - Slot Akasia TV3 (2013)

Tonton Love You Mr Arrogant Slot Akasia TV3 Full Episod

Tonton Love You Mr Arrogant Slot Akasia TV3 Full Episod

 

Sinopsis Drama Love You Mr Arrogant 

Drama bersiri Love You Mr Arrogant mengisahkan tentang Irham (Azlee Khairi) dan Zaara (Zara Zya) yang bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Ketika itu, Irham sedang buntu memikirkan cadangan emaknya, Puan Sri Maryam (Norish Karman) yang ingin menjodohkan dia dengan Sherry (Hanez Suraya) wanita yang tidak pernah dicintai.

Beberapa hari mengenali Zaara, Irham kemudian menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zaara bagi mengelak dirinya dari berkahwin dengan Sherry dan memenuhi syarat ayahnya, Tan Sri Zahir. Jika Irham tidak berkahwin dalam masa terdekat, syarikat Irham Holdings akan jatuh ke tangan sepupunya, Hadry.

Zaara terkejut dengan permintaan Irham. Malah, Irham sanggup menghubungi ibu bapa Zaara dan membuat pengakuan yang kononnya dia dan Zaara sedang bercinta dan dia ingin menghantar rombongan meminang Zaara. Perbuatan Irham itu membuatkan Zaara berasa terhina kerana baginya Irham sengaja menggunakan alasan perkahwinan itu sebagai tanda Zaara membayar ganti rugi hutang kemalangan tempoh hari.

Akhirnya, Zaara rela menerima kehendak Ilahi demi menjaga maruah keluarga meskipun tiada perasaan cinta terhadap lelaki asing dalam hidupnya itu. Namun Zaara tidak menyangka bahawa keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau dengan perangai ego Irham. Malam pertama sahaja dia sudah diuji apabila Irham tidak membenarkan Zaara tidur sekatil dengannya.

Malah Zaara juga terpaksa akur berdepan dengan layanan kurang mesra dari keluarga Irham. Tanpa disedari, Zaara mula menyintai suaminya dalam diam. Walaupun Irham nampak kasar dan sombong tetapi Zaraa dapat merasakan Irham mula mengambil berat tentang dirinya serta sangat melindunginya dari disakiti oleh Puan Sri Maryam dan Sherry.

Di saat pasangan itu mula mengecapi kebahagiaan, hubungan mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga di mana Faisal, rakan sepejabat Zaara yang psiko dan menggilai Zaara sanggup menggunakan tipu helah jahat demi mendapatkan Zaara. Malah, Hadry juga mula sukakan Zaara dan sentiasa berusaha mendekatinya. Ini membuatkan Irham cemburu dan dihimpit dengan tekanan untuk mempertahankan rumah tangganya.

Malah, Irham juga mendapat berita tentang Puan Sri Maryam yang disahkan mengalami masalah jantung yang agak teruk. Puan Sri Maryam meminta Irham agar menunaikan hajatnya dengan mengahwini Sherry. Mengenangkan kesihatan Puan Sri Maryam yang semakin tenat itu membuatkan Zaara mengizinkan Irham untuk berkahwin dengan Sherry.

Irham tersepit dengan keadaan yang menghimpit dirinya. Adakah Irham akan menurut hajat terakhir emaknya atau mempertahankan rumah tangga bersama isteri yang baru dicintainya itu? Saksikan drama siri terbaru slot Akasia, Love You Mr Arrogant mulai 25 September 2013 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang di TV3.

Tonton

Tonton Love You Mr Arrogant Episod 19, Slot Akasia TV3 - CLICK HERE!
Tonton Love You Mr Arrogant Episod 18, Slot Akasia TV3 - CLICK HERE!
Tonton Love You Mr Arrogant Episod 17, Slot Akasia TV3 - CLICK HERE!
Tonton Love You Mr Arrogant Episod 16, Slot Akasia TV3 - CLICK HERE!
Tonton Love You Mr Arrogant Episod 15, Slot Akasia TV3 - CLICK HERE!
Tonton Love You Mr Arrogant Episod 14, Slot Akasia TV3 - CLICK HERE!
Tonton Love You Mr Arrogant Episod 13, Slot Akasia TV3 - CLICK HERE!
Tonton Love You Mr Arrogant Episod 12, Slot Akasia TV3 - CLICK HERE!
Tonton Love You Mr Arrogant Episod 11, Slot Akasia TV3 - CLICK HERE!
Tonton Love You Mr Arrogant Episod 10, Slot Akasia TV3 - CLICK HERE!
Tonton Love You Mr Arrogant Episod 9, Slot Akasia TV3 - CLICK HERE!
Tonton Love You Mr Arrogant Episod 8, Slot Akasia TV3 - CLICK HERE!
Tonton Love You Mr Arrogant Episod 7, Slot Akasia TV3 - CLICK HERE!
Tonton Love You Mr Arrogant Episod 6, Slot Akasia TV3 - CLICK HERE!
Tonton Love You Mr Arrogant Episod 5, Slot Akasia TV3 - CLICK HERE!
Tonton Love You Mr Arrogant Episod 4, Slot Akasia TV3 - CLICK HERE!
Tonton Love You Mr Arrogant Episod 3, Slot Akasia TV3 - CLICK HERE!
Tonton Love You Mr Arrogant Episod 2, Slot Akasia TV3 - CLICK HERE!
Tonton Love You Mr Arrogant Episod 1, Slot Akasia TV3 - CLICK HERE!

Download

Episod 18 - Hotfile
Episod 17 - Hotfile
Episod 16 - Hotfile
Episod 15 - Hotfile
Episod 14 - Hotfile
Episod 13 - Hotfile
Episod 12 - Hotfile
Episod 11 - Hotfile
Episod 10 - Hotfile
Episod 9 - Hotfile
Episod 8 - Hotfile
Episod 7 - Hotfile
Episod 6 - Hotfile
Episod 5 - Hotfile
Episod 4 - Hotfile
Episod 3 - Hotfile
Episod 2 - Hotfile
Episod 1 - Hotfile

Next

Related


EmoticonEmoticon