752
0
Home  ›  Telemovie  ›  Tonton Online  ›  TV3

Tonton Cinta Mat Semperit, Telemovie Aidiladha TV3

Tonton Cinta Mat Semperit, Telemovie Aidiladha TV3

Tonton Cinta Mat Semperit, Telemovie Aidiladha TV3


‘Cinta Mat Semperit’ mengisahkan tentang Kak Lola (lakonan Fasha Sandha) yang handal membuat kuih semperit dan kelebihannya itu membuatkan dia dikenali sebagai pembuat kuih semperit terbaik di kampungnya. Namun, bakat Kak Lola itu dicemburui oleh Chef Kamus (Roy Azman).

Chef Kamus ingin mengetahui rahsia dan bahan-bahan yang digunakan oleh Kak Lola dalam membuat kuih semperit. Jadi, Chef Kamus meminta adik perempuannya, Ariani menjadi perisik untuknya bagi mendapatkan resipi kuih semperit Kak Lola. Chef Kamus mahu Ariani berkawan rapat dengan anak lelaki Kak Lola iaitu Ariel.

Baca juga: Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya (2019) Full Movie



Kebetulan pula ketika itu Ariel sememangnya meminati Arian dalam diam. Jadi, ini memudahkan Ariani untuk berkawan rapat dengan Ariel. Pada mulanya Ariani tidak mahu memenuhi permintaan abangnya namun Chef Kamus berjanji jika Ariani berjaya mendapatkan resipi kuih semperit Kak Lola dia akan menghadiahkan sebuah motosikal kepada Ariani.

Bagi mendapatkan motosikal idaman, Ariani sanggup berkawan rapat dengan Ariel. Ariani mula menjalankan tugasnya dan meminta Ariel mendedahkan resepi kuih semperit Kak Lola kepadanya. Demi memenangi hati Ariani, Ariel sanggup belajar cara-cara untuk membuat kuih semperit dari Kak Lola.

Baca juga: Tonton Telemovie Menantu Cantik Astro Maya HD



Pelbagai adegan lucu dan menarik yang terjadi sepanjang usaha kedua-dua pihak untuk mendapatkan resipi istimewa kuih semperit Kak Lola. Berjayakah Chef Kamus mendapatkan resepi kuih semperit Kak Lola? Bagaimana pula kisah cinta Ariel dan Ariani?

Jangan lupa untuk menyaksikan telemovie istimewa Aidil Adha yang diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin, hasil skrip nuklilan Azlina Pa’wan dan terbitan Primeworks ini pada hari Selasa,15 Oktober 2013 jam 10.00 malam hanya di TV3!

Tonton Cinta Mat Semperit, Telemovie Aidiladha TV3 - CLICK HERE!

Related Post
Tonton Bola Pun Raya 2012, Terbaik Raya TV3
Tonton Bola Pun Raya 2012, Terbaik Raya TV3 Tonton Bola Pun Raya 2012, Terbaik Raya TV3 Bagaimanakah sambutan Ha…
Tonton Di Bawah Langit Mu TV3, Terbaik Raya 2012
Tonton Di Bawah Langit Mu TV3, Terbaik Raya 2012 Tonton Di Bawah Langit Mu TV3, Terbaik Raya 2012 Annur merupakan gad…
Tonton Perempuan Tanpa Rahim, Terbaik Raya TV3
Tonton Perempuan Tanpa Rahim, Terbaik Raya TV3 Tonton Perempuan Tanpa Rahim, Terbaik Raya TV3 Sejarah hitam pern…
Tonton Siapa Terhebat 2012, Terbaik Raya TV3
Tonton Siapa Terhebat 2012, Terbaik Raya TV3 Tonton Siapa Terhebat TV3, Terbaik Raya 2012 Game show diacarakan …
Post a Comment
Additional JS