752
0
Home  ›  Skrin Di TV9  ›  Telemovie  ›  Tonton Online

Tonton Untukmu Muhammad, Skrin Di TV9

"Untukkmu Muhammad mengangkat kisah pengorbanan seorang ibu lakonan Sherry Merlis yang inginkan anaknya mendapat penjagaan terbaik dan sempurna setelah dia tiada lagi didunia. Amira, telah didiagnos menghidap penyakit barah."

Tonton Untukmu Muhammad, Skrin Di TV9 | DramaTvOnline-1
Tonton Untukmu Muhammad, Skrin Di TV9
Tonton Untukmu Muhammad, Skrin Di TV9 | DramaTvOnline-2

Untukkmu Muhammad mengangkat kisah pengorbanan seorang ibu lakonan Sherry Merlis yang inginkan anaknya mendapat penjagaan terbaik dan sempurna setelah dia tiada lagi didunia. Amira, telah didiagnos menghidap penyakit barah. 

Suaminya, Razak (Adam Corrie) menjadi kekuatan Amirah untuk melawan penyakit barahnya yang berada pada tahap empat. Malang tidak berbau, apabila Razak ditimpa kemalangan yang meragut nyawanya. Semangat Amira untuk hidup mula rapuh dan dia tidak mahu meneruskan rawatan kemoterapi setelah merasakan peluangnya untuk hidup lama sudah tipis. 

Amira hanya risaukan tentang siapa yang boleh memikul tanggungjawab untuk menjaga satu-satunya anak Amira, iaitu Muhammad (Izz Ilham) dengan baik setelah ketiadaannya kelak. Memikirkan tentang siapa yang dapat memberikan sepenuh perhatian kepada Muhammad, Amira meminta pertolongan Mak Su, ibu saudaranya yang rupa-rupanya mempunyai agenda lain disebalik keikhlasan Amira. 

Baca juga: Tonton Telemovie Autumn Di Hatiku, Skrin Di TV9


Setelah itu, Amira mula berharap sepupunya Ayu untuk menjaga Muhammad. Ayu telah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan anak. Pada mulanya, Ayu gembira dengan kehadiran Muhammad tetapi melihat suaminya terlalu sayangkan Muhammad, Ayu mula cemburu sehingga menjejaskan hubungannya dengan Amira. 

Apakah kesudahan nasib Muhammad? Adakah nasibnya akan terbela setelah Amira tiada? Mari sama-sama kita hayati kesudahan telefilem menyentuh hati yang akan disiarkan pada hari Rabu, 15 Mei ini, jam 8.30 malam. 

Telefilem ini merupakan terbitan ZK Creative Sdn Bhd dan turut menampilkan Aida Aris, Fikhree Bakar, Nuremy Ramli, Almy Nadia dan Soo Wincci yang memperkuatkan lagi jalan cerita telefilem Untukkmu Muhammad ini. 

Baca juga: Tonton Lambaian Baitullah TV9


Kasih ibu tiada tandingannya, hargai setiap jasa dan pengorbanan mereka. Selamat Hari Ibu daripada kami di TV9!

Lakonan Sherry Merlis, Aida Aris, Almy Nadia, Nuremy Ramli, Fikhree Bakar, Soo Winci, Izz Ilham, Adam Corrie Lee, Along Eyzendy, Danish Zakhwan, Tarmizi Aziz (Bro G), Azam Aziz, Annayana, Norlia, Halimah Naim, Zetty Shahibullah, Asmaniah Arifin, Suiani Hamdan, Fatin Nur Filzah, Fariz Azwan Nor Faizal, Md Sazal Samuri.

Tonton Untukmu Muhammad, Skrin Di TV9 - CLICK HERE!

Related Post
Tonton Geng Kampung Pisang Raya TV3 2013
Tonton Geng Kampung Pisang Raya TV3 2013Tonton Geng Kampung Pisang Raya TV3 2013Permusuhan di antara AG dengan…
Tonton Cinta Kamikaze, Skrin Di TV9
Tonton Cinta Kamikaze, Skrin Di TV9Tonton Cinta Kamikaze, Skrin Di TV9Drama komedi romantis, Cinta Kamika…
Tonton Baran, Cerekarama TV3
Tonton Baran, Cerekarama TV3Tonton Baran, Cerekarama TV3Drama Baran mengisahkan tentang Malik yang…
Tonton Mana Kuali Opah TV9 2013
Tonton Mana Kuali Opah TV9 2013Tonton Mana Kuali Opah TV9 2013Mana Kuali Opah mengisahkan Opah dan ku…
Additional JS