Friday, May 31, 2013

Tonton Zombie Kampung Pisang 2007 Full Movie






 Tonton Zombie Kampung Pisang 2007 Full Movie


Sinopsis: Ketenteraman dan kedamaian Kampung Pisang tiba-tiba bertukar menjadi kecoh dan huru-hara pada suatu malam. Kekecohan bermula dengan kematian mengejut Pak Abu, bilal kampung tersebut yang terjatuh daripada basikalnya ketika pulang ke rumah.

Tiga pemuda kampung yang sering melepak di tepi jalan, Husin, Atan dan Mat Karan telah menyaksikan kejadian itu lalu bersama mengusung Pak Abu pulang ke rumahnya. Mereka bertiga memaklumkan kepada Pak Jabit, Ketua Kampung tersebut. Pak Jabit datang menziarah, namun beliau juga tak semena–mena meninggal ketika memeriksa jenazah Pak Abu.

Keadaan jadi bertambah gawat. Ketiga pemuda tersebut turun berbincang mengenai keadaan tersebut. Jeritan dari atas rumah mengejutkan mereka sekali lagi. Cikgu Munah dan Cikgu Maimun, anak-anak perempuan Pak Abu memberitahu yang kedua-dua mayat tadi telah hilang. Kerantong dipalu, memecah keheningan kampung pada malam itu. Orang ramai mulai keluar dan bergerak untuk berkumpul di dewan orang ramai. Ketika berhimpun, ramai yang menyatakan yang mereka telah terserempak dengan lembaga hantu ketika dalam perjalanan.

Ketika kekecohan itu, beberapa orang lagi rebah meninggal dunia. Orang ramai mulai takut dan memikirkan musibah yang berlaku. Keadaan bertambah kecoh di dewan tersebut. Masing-masing mula menyalahkan sesama sendiri akan musibah menimpa. Siasatan dijalankan. Rumusan didapati bahawa kesemua yang meninggal telah berkunjung ke kedai kopi Pak Menawer.

Beberapa pemuda yang ditugaskan membawa Pak Menawer ke situ, pulang semula dengan hampa. Pak Menawer telah hilang. Tindakan dibuat untuk mengumpul dan mengasingkan orang-orang yang telah mengunjungi kedai Pak Menawer. Bekalan letrik terputus dan keadaan menjadi gelap. Bekalan pulih semula beberapa ketika kemudian namun orang ramai sekali lagi menjerit apabila mendapati mayat-mayat yang hilang tadi berada di muka pintu dengan keadaan menakutkan.

Mayat-mayat tersebut yang telah menjadi Zombi, mula menyerang orang-orang kampung. Masing bertempiaran lari menyelamatkan diri. Pihak polis dimaklumkan dan siasatan dijalankan. Sementara itu seorang konstabel yang sememangnya tinggal di kampung itu juga telah bertukar menjadi Zombi.

Pihak yang diharap juga ditimpa musibah. Malam ini tidak lagi aman seperti biasa. Huru-hara telah terjadi dengan orang–orang kampung bertempiaran ke sana sini. Apakah musibah dan apakah rahsia di sebalik segala kejadian ini?

Tonton Zombie Kampung Pisang 2007 Full Movie - CLICK HERE!

Next

Related