Tuesday, July 16, 2013

Tonton Mencari Ramli Musim 2 TV3 Full Episod

 
 Tonton Mencari Ramli Musim 2 TV3 Full Episod 


Mencari Ramli adalah program pencarian bakat bola sepak paling berpotensi, dalam usaha menaikkan mutu bola sepak Malaysia yang digerakkan oleh minat dan semangat tinggi peminat-peminat bola sepak seluruh Malaysia.

Musim pertama Mencari Ramli pada tahun 2012 telah mencungkil bakat 30 pemain Sekolah Sukan Bukit Jalil, di mana seorang pemenang telah diambil untuk menguatkan jentera pasukan bawah 21 tahun Harimau Muda dan seorang lagi finalis telah diterbangkan untuk menggalas tugas sebagai penyerang pasukan bawah 17 tahun kelab bola sepak U.S Arezzo di Itali.

Mencari Ramli Musim 2 adalah sorotan program musim pertama, namun kali ini program ini akan dikembangkan kepada pencarian bakat ke seluruh negara menerusi acara-acara ujibakat di dua belas lokasi. 30 pemain berbakat akan disenarai pendek untuk ke pusingan akhir, di mana seorang pemenang akan dipilih oleh panel hakim dan seorang lagi pemenang menerusi undian umum.

Peluang menjalani latihan bersama Sekolah Bola Sepak Manchester United dan menjejakkan kaki di Old Trafford bakal menjadi rebutan, di samping peluang untuk beraksi bersama kelab bola sepak Inggeris atau Itali.

Team Malaysia menjadi penggalas arena sukan negara yang menyatu dan menginspirasi seluruh rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk menjadi atlit bertaraf dunia.

Team Malaysia adalah pasukan peminat sukan dari seluruh negara yang disemarakkan oleh semangat dan minat terhadap apa jua sukan di Malaysia. Berpegang kepada semangat kesukanan ini. Team Malaysia dengan bangganya membawakan Mencari Ramli, dengan harapan menaikkan mutu bola sepak Malaysia.

Tonton Mencari Ramli Episod 7, Musim 2 TV3 - CLICK HERE! 
Tonton Mencari Ramli Episod 6, Musim 2 TV3 - CLICK HERE!
Tonton Mencari Ramli Episod 5, Musim 2 TV3 - CLICK HERE! 
Tonton Mencari Ramli Episod 4, Musim 2 TV3 - CLICK HERE!
Tonton Mencari Ramli Episod 3, Musim 2 TV3 - CLICK HERE!
Tonton Mencari Ramli Episod 2, Musim 2 TV3 - CLICK HERE!
Tonton Mencari Ramli Episod 1, Musim 2 TV3 - CLICK HERE!

Next

Related