Monday, July 22, 2013

Tonton Oh My English Musim 2 Full Episod

Tonton Oh My English Musim 2 Episod 1

Tonton Oh My English Musim 2 Full Episod

Oh My English! Musim Ke-2 yang menampilkan 20 episod serba baru ini akan meneruskan formulanya menggabungkan lawak jenaka dan pendidikan untuk membantu para penonton menguasai pertuturan dalam Bahasa Inggeris.

Para peminat siri ini pasti teruja dengan penampilan kembali karakter-karakter kegemaran mereka daripada kelas 3 Merah seperti Jibam (Akhmal Nazrin), See Yew Soon (Roax Tan), Shafiq (Aedy Ashraf), Azlin (Izara Aishah), Mazlee (Md Zhafir Muzani bin Mohamad), Anusha (Kaameshaa d/o Ravindran), Farouk (Amer Sharrif bin Rashid), dan tidak dilupakan guru-guru yang mendidik mereka di dalam rancangan ini seperti Mr. Henry Middleton (Zain Saidin), Pn Hajar (Adibah Noor), Encik Salleh (Harun Salim Bachik) serta juga Mr. Os yang memegang watak sebagai tukang kebun sekolah, Pak Sham yang akan kembali menggamatkan suasana.

Oh My English! Musim Ke-2 kali ini pastinya akan menjadi lebih hebat dengan penampilan karakter-karakter baru yang akan didukung oleh pelakon-pelakon terkenal tanah air. Pemenang ABPBH, Aaron Aziz menyertai sesi pengajian Oh My English! kali ini sebagai Cikgu Malik iaitu seorang guru Pendidikan Jasmani yang juga merupakan jurulatih pasukan bola sepak sekolah tersebut.

Untuk menambahkan lagi keseronokan sesi pembelajaran, Tiz Zaqyah juga akan turut membantu sebagai Cikgu Ayu, seorang guru Bahasa Melayu yang baru di sekolah itu. Dua pelakon muda yang berbakat besar akan turut terlibat sebagai pelajar baru. Syafie Naswip, pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM25, akan memegang watak sebagai seorang pelajar nakal bernama Azlan manakala pelakon yang semakin meningkat naik, Iezahdiyana sebagai seorang pelajar baru yang ceria bernama Hani.

Penambahan karakter-karakter baru ini seperti Cikgu Malik, Cikgu Ayu, Hani dan Azlan bakal menjadikan Oh My English! musim ini bertambah segar dan pastinya menjanjikan jalan cerita yang menarik dan penuh kejutan apabila karakter-karakter sedia ada bertemu dengan karakter-karakter yang baru.

Tonton Oh My English Musim 2 Episod 18 - CLICK HERE! 
Tonton Oh My English Musim 2 Episod 17 - CLICK HERE! 
Tonton Oh My English Musim 2 Episod 16 - CLICK HERE! 
Tonton Oh My English Musim 2 Episod 15 - CLICK HERE!
Tonton Oh My English Musim 2 Episod 14 - CLICK HERE!
Tonton Oh My English Musim 2 Episod 13 - CLICK HERE! 
Tonton Oh My English Musim 2 Episod 12 - CLICK HERE! 
Tonton Oh My English Musim 2 Episod 11 - CLICK HERE!
Tonton Oh My English Musim 2 Episod 10 - CLICK HERE!
Tonton Oh My English Musim 2 Episod 9 - CLICK HERE!
Tonton Oh My English Musim 2 Episod 8 - CLICK HERE!
Tonton Oh My English Musim 2 Episod 7 - CLICK HERE! 
Tonton Oh My English Musim 2 Episod 6 - CLICK HERE! 
Tonton Oh My English Musim 2 Episod 5 - CLICK HERE!
Tonton Oh My English Musim 2 Episod 4 - CLICK HERE!
Tonton Oh My English Musim 2 Episod 3 - CLICK HERE!
Tonton Oh My English Musim 2 Episod 2 - CLICK HERE!
Tonton Oh My English Musim 2 Episod 1 - CLICK HERE!

Next

Related