Tonton Di Manakan Ku Cari Ganti TV1
"Tonton Di Manakan Ku Cari Ganti TV1"
Telefilem lakonan Faezah Elai, Arja Lee, Farah dan Mislina Putera ini mengisahkan kisah cinta dan kasih sayang seorang suami kepada isterinya yang telah meninggal dunia akibat tergelincir jatuh ketika membasuh kain. Ketika itu isterinya, Chah sedang mengandung anak sulung mereka. Kejadian 6 tahun yang lepas benar-benar menghantui fikiran Azhar.
Setiap hari Azhar tidak dapat melupakan isterinya. Kehidupan yang dilalui Azhar amat sunyi dan penuh kesedihan. Hanya potret isterinya menjadi kenangan bagi mengubati rindunya terhadap isterinya yang telah pergi. Kini anaknya Amira permata hatinya dan peneman sejati dikala sunyi. Amira terlalu rindukan ibunya, sebagai anak, dia ingin belaian dan kasih sayang daripada seorang ibu.
Namun, Azhar tidak mampu untuk mengubah takdir yang Esa dan hanya mampu berserah pada ketentuanNya. Pada suatu petang Amira bersiar – siar di pusat membeli belah. Amira telah bertemu dengan seorang wanita , wajahnya saling tidak tumpah seperti ibunya. Amira beranggapan bahawa wanita tersebut adalah ibunya yang tidak pernah dijumpainya. Fatin, berasa terkejut apabila disapa oleh Amira. Setelah memeluk Amira, Fatin merasakan sesuatu yang aneh terhadap kanak-kanak kecil ini.
Naluri keibuan mengalir dalam dirinya tatkala bertemu dengan Amira. Dia merasakan sesuatu yang amat istimewa terhadap Amira. Apabila pulang ke rumah Amira menceritakan kejadian tersebut kepada ayah, nenek dan datuknya. Azhar tidak mempercayai kata-kaat Amira. Manakala nenek dan datuknya mual berasa hairan dengan sikap Amira yang selalu menyebut nama Fatin yang disangka ibu kandungnya.
Bagi Azhar, Chah tidak mungkin kembali, yang pergi tetap pergi. Chah isterinya tidak mungkin di cari ganti. Namun, sejauh mana kebenaran akan kewujudan Fatin yang selama ini menjadi bayangan Chah kepada Azhar dan Amira? Mampukan cinta Azhar di cari ganti ? saksikan kesudahan kisah ini dalam Di Mana Ku Cari Ganti. Gandingan mantap lakonan dari Faezah Elai dan Arja Lee pada 2 Disember ini, Ahad, jam 9.00 malam hanya di TV1.
Tonton Di Manakan Ku Cari Ganti TV1- CLICK HERE!