Tuesday, January 8, 2013

Tonton Anugerah Juara Lagu 27 (2013)


Tonton Anugerah Juara Lagu 27 (2013)


Pemenang/Hadiah AJL27 
Juara - Terukir Di Bintang (Trofi dan wang tunai RM35,000) 
Naib Juara - Idola (Trofi dan wang tunai RM15,000) 
Tempat Ketiga - Ku Akui (Trofi dan wang tunai RM12,000) 
Persembahan Terbaik - Black & RJ (Trofi dan wang tunai RM10,000) 
Vokal Terbaik - Hafiz (Trofi dan wang tunai RM10,000) 

Penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail, dan bekas hos Muzik-Muzik, Cheryl Samad, bertindak sebagai pengacara bersama malam anugerah yang bertemakan Ekspresi Seni itu. Kekuatan melodi berserta lirik yang cukup puitis dan berkualiti membolehkan lagu Terukir Di Bintang ciptaan sepenuhnya Yuna dipilih sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL27). 

Lagu nyanyian asal penciptanya sendiri itu dipersembahkan oleh Aizat pada pertandingan yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi. Dengan kemenangan itu, mereka membawa pulang wang tunai RM35,000 dan trofi. Idola ciptaan Audi Mok dan Azlan pula diumumkan sebagai naib juara yang menyaksikan mereka membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta trofi. Tempat ketiga jatuh kepada lagu Ku Akui hasil karya Ajai yang dinyanyikan Hafiz sekali gus meraih hadiah wang tunai RM12,000 dan trofi. 

Tuah juga nampaknya masih berpihak kepada Hafiz apabila vokal mantap penyanyi ini membolehkannya mengekalkan gelaran Vokal Terbaik buat tahun ketiga berturut-turut. Dia menerima hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi. Gandingan mantap Black dan RJ pula melayakkan mereka bergelar pemenang Persembahan Terbaik menerusi lagu Teman Pengganti untuk meraih RM10,000 dan trofi. Buat julung kali, kategori ini menyerahkan kuasa undian sepenuhnya kepada peminat. 

Hadiah disampaikan Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Ahmad Izham Omar. Lagu Ombak Rindu pula diumumkan sebagai Juara Mobile. AJL27 turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Misha Omar melalui lagu Bunga-Bunga Cinta, Ziana Zain dengan Fatalistik serta Faizal Tahir bersama Royal FT Force menghangatkan suasana stadium dengan lagu terbaru, Anti Graviti. 

Menerusi segmen Interlude, penonton diajak mengimbas kembali zaman rock kapak apabila menampilkan persembahan empat vokalis legenda iaitu Rahmat daripada kumpulan Mega, Aris Ariwatan, Joey Bumiputera Rockers (BPR) dan Ramli Sarip. Persembahan mereka diiringi gitaris terkenal tanah air seperti Man Keedal (Lefthanded), Rodi (Kristal), AG (Coco) dan Edrie Hashim (Projek Pistol). 

Tonton Anugerah Juara Lagu 27 (2013) - CLICK HERE!

Next

Related