752
0
Home  ›  Anugerah  ›  Download  ›  Program  ›  TV3

Anugerah Juara Lagu 27 (2013) Download

"Anugerah Juara Lagu 27 (2013) Download"

Anugerah Juara Lagu 27 (2013) Download | DramaTvOnline-1

Anugerah Juara Lagu 27 (2013) Download

Anugerah Juara Lagu 27 (2013) Download | DramaTvOnline-2

Pemenang/Hadiah AJL27 Juara - 

  • Terukir Di Bintang (Trofi dan wang tunai RM35,000) 
  • Naib Juara - Idola (Trofi dan wang tunai RM15,000) 
  • Tempat Ketiga - Ku Akui (Trofi dan wang tunai RM12,000) 
  • Persembahan Terbaik - Black & RJ (Trofi dan wang tunai RM10,000) 
  • Vokal Terbaik - Hafiz (Trofi dan wang tunai RM10,000) 

Baca juga: Tonton Anugerah Lawak Warna 2013


Penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail, dan bekas hos Muzik-Muzik, Cheryl Samad, bertindak sebagai pengacara bersama malam anugerah yang bertemakan Ekspresi Seni itu. Kekuatan melodi berserta lirik yang cukup puitis dan berkualiti membolehkan lagu Terukir Di Bintang ciptaan sepenuhnya Yuna dipilih sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL27). 

Lagu nyanyian asal penciptanya sendiri itu dipersembahkan oleh Aizat pada pertandingan yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi. Dengan kemenangan itu, mereka membawa pulang wang tunai RM35,000 dan trofi. Idola ciptaan Audi Mok dan Azlan pula diumumkan sebagai naib juara yang menyaksikan mereka membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta trofi. Tempat ketiga jatuh kepada lagu Ku Akui hasil karya Ajai yang dinyanyikan Hafiz sekali gus meraih hadiah wang tunai RM12,000 dan trofi. 

Tuah juga nampaknya masih berpihak kepada Hafiz apabila vokal mantap penyanyi ini membolehkannya mengekalkan gelaran Vokal Terbaik buat tahun ketiga berturut-turut. Dia menerima hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi. Gandingan mantap Black dan RJ pula melayakkan mereka bergelar pemenang Persembahan Terbaik menerusi lagu Teman Pengganti untuk meraih RM10,000 dan trofi. Buat julung kali, kategori ini menyerahkan kuasa undian sepenuhnya kepada peminat. 

Baca juga: Tonton Melodi Raya TV3 2013



Hadiah disampaikan Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Ahmad Izham Omar. Lagu Ombak Rindu pula diumumkan sebagai Juara Mobile. AJL27 turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Misha Omar melalui lagu Bunga-Bunga Cinta, Ziana Zain dengan Fatalistik serta Faizal Tahir bersama Royal FT Force menghangatkan suasana stadium dengan lagu terbaru, Anti Graviti. 

Menerusi segmen Interlude, penonton diajak mengimbas kembali zaman rock kapak apabila menampilkan persembahan empat vokalis legenda iaitu Rahmat daripada kumpulan Mega, Aris Ariwatan, Joey Bumiputera Rockers (BPR) dan Ramli Sarip. Persembahan mereka diiringi gitaris terkenal tanah air seperti Man Keedal (Lefthanded), Rodi (Kristal), AG (Coco) dan Edrie Hashim (Projek Pistol).

Zippyshare - Part 1 Part 2 Part 3  Part 4
Hotfile - Download

Related Post
Anugerah Industri Muzik Ke-19 (AIM) 2012 (Download)
Anugerah Industri Muzik Ke-19 (AIM) 2012 (Download) Anugerah Industri Muzik Ke-19 (AIM) 2012 (Download) Release Da…
Tonton Anugerah Skrin 2012 Full Video
Tonton Anugerah Skrin 2012 Full Video Tonton Anugerah Skrin 2012 Full Video Sinopsis:Utuh memasuki musi…
Shout! Awards (2012) SDTVRip (Download)
Shout! Awards (2012) SDTVRip (Download) Shout! Awards (2012) SDTVRip (Download) The third edition of Sho…
Tonton Anugerah Industri Muzik (AIM19) 2012 Full Video
Tonton Anugerah Industri Muzik (AIM19) 2012 Full Video   Tonton Anugerah Industri Muzik (AIM19) Full Video Sinopsi…
Additional JS