752
0
Home  ›  Astro Warna  ›  Darjat  ›  Slot Azalea TV3  ›  Tonton Online

Tonton Darjat Episod 10, Slot Azalea TV3

Tonton Darjat Episod 10, Slot Azalea TV3 | DramaTvOnline-1

Tonton Darjat Episod 10, Slot Azalea TV3

Darjat drama terbaru menggantikan Dan Bila Esok di Slot Azalea. Lakonan Syazwan Zulkifli, Talha Harith dan Ika Nabila. Sinopsis Darjat, mengisahkan tentang Haziq (Syazwan Zulkifli) yang merupakan remaja yang menghadapi dilema kehidupan yang menuntut pengorbanannya sebagai seorang anak. Haziq yang berasal dari sebuah keluarga yang susah terpaksa menyara keluarganya dengan membawa teksi. Berbeza dengan Karina (Ika Nabila) yang merupakan anak orang kaya kepada Mansor dan Rosmah.

Walaupun berada dalam keluarga yang berharta namun kehidupan Karina sentiasa dikawal oleh ayahnya. Dia hanya dibenarkan berkawan dengan orang kaya anak orang berada sahaja. Jadi tidak hairanlah mengapa Karina sering ditemani oleh Maria dan Tini sahaja. Apabila Maria dan Tini keluar bersama buah hati mereka, Karina berasa amat bosan dan ketika mereka menonton wayang beramai-ramai, Karina membuat keputusan untuk pulang sendirian menaiki teksi. Sewaktu perjalanan pulang, beberapa orang lelaki yang di ketuai oleh Ghaz (Talha Harith) mahu menculik Karina dan kebetulan ketika itu Haziq berada di situ.

Baca juga: Super Spontan - Musim 2 (2013)



Lantas Haziq menghulurkan bantuan dan kemudiannya berlakulah pertempuran di antara Haziq dan Ghaz. Karina berasa terhutang budi dengan Haziq dan meminta ayahnya mengambil Haziq sebagai pemandu peribadinya. Tambahan pula Haziq merupakan rakan Karina ketika di sekolah dahulu. Mansor walaupun terkenal dengan sikap kedekutnya terpaksa akur dengan kehendak Karina demi keselamatan anaknya. Maka bermulalah tugas baru Haziq sebagai pemandu peribadi Karina. Pertemuan demi pertemuan, akhirnya Haziq dan Karina dilamun cinta. Namun cinta mereka tidak direstui oleh Mansor kerana Haziq tidak setaraf dengan keluarga mereka.

Baca juga: Sembang Teh Tarik - Astro Warna (2013)


Di rumah Karina dikurung di dalam biliknya kerana Mansor tidak mahu anak gadisnya bertemu dengan Haziq. Mansor telah memasang hajat untuk mengahwinkan Karina dengan Ghaz. Tetapi mengapa Ghaz, yang pernah cuba menculik Karina sebelum ini? Siapakah Ghaz sebenarnya? Adakah kuasa cinta sejati Haziq cukup untuk membebaskan Karina daripada cengkaman bapanya? Untuk mengetahui apa yang bakal berlaku seterusnya jangan lupa untuk membuat temu janji anda bersama drama terbitan Primeworks Studios ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.00 petang hanya di TV3!

Tonton Darjat Episod 10, Slot Azalea TV3 - CLICK HERE!

Episod Lain - CLICK

Related Post
Tonton Dejavu Di Kinabalu Episod 17
Tonton Dejavu Di Kinabalu Episod 17 Sinopsis Drama Dejavu Di Kinabalu Mengisahkan tentang Nadira (Tiz Z…
Tonton Oh My English Episod 9
Tonton Oh My English Episod 9 Di SMK Ayer Dalam, Kelas 3 Merah terkenal dengan berbagai kerenah. T…
Tonton Oh My English Episod 10
Tonton Oh My English Episod 10 Di SMK Ayer Dalam, Kelas 3 Merah terkenal dengan berbagai kerenah. T…
Tonton Demi Suffian, Cerekarama TV3
Tonton Demi Suffian, Cerekarama TV3 Minggu ini (14/7/12), cerekarama membawa drama bertajuk Demi Sufian.…
Post a Comment
Additional JS