Aku, Dia & Tong Sampah, Skrin Di TV9 (Download)
Aku, Dia & Tong Sampah Skrin Di TV9 (Download)
Sinopsis Drama. Aku, Dia dan Tong Sampah adalah sebuah komedi romantik yang mengisahkan dua insan, Sharnaz dan Amir yang baru sahaja putus cinta. Mereka bertemu ketika hendak membuang surat cinta bekas kekasih mereka di tempat pembuangan sampah. Mereka telah berjanji akan membantu antara satu sama lain untuk menawan semula hati bekas kekasih mereka, hanya untuk menemui cinta yang baru.
Karya asal pelajar
Karya ini telah dihasilkan oleh sekumpulan pelajar dari Universiti Teknologi Mara yang membuat projek akhir semester mereka dalam bentuk filem pendek.
“Bagaimanapun, untuk menghasilkan telefilem ini, skrip asalnya telah diolah oleh penulis, Nadia Khan yang sebelum ini terkenal dengan hasil karya novelnya, Kelabu.
“Ini satu penghormatan kerana kami yang sudah biasa dengan pementasan teater kini diberi tanggungjawab besar untuk menerbitkan sebuah telemovie yang berkualiti dan kami turut bersyukur pihak TV9 memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kami untuk menerbitkan telefi lem ini,” katanya.
Aku, Dia Dan Tong Sampah ini diterbitkan oleh Playground Production bersiaran pada 3 Oktober ini, jam 8.30 malam dalam slot Skrin di 9, di TV9.
Lagu latar
Jatuh - Liyana Fizi
Sesungguhnya - Beto Kusyairy
Lakonan Siti Saleha, Beto Kusyairy, Razif Hashim, Liyana Van Der Sijp, Fauziah Nawi, Zizi Zulkifli, Tania Zainal, Projek Disko Baldi, Liyana Fizi.
Mediafire - Part 1 Part 2