752
0
Home  ›  Bukan Bidadari  ›  Slot Lestary TV3  ›  Tonton Online

Tonton Bukan Bidadari Episod 6

Tonton Bukan Bidadari Episod 6 | DramaTvOnline-1

Bukan Bidadari mengisahkan Inas, seorang gadis kaya yang mempunyai sikap manja dan sombong mendapati hidupnya menjadi tunggang langgang setelah kematian bapanya. Inas dan ibunya, Suraya resah apabila mengetahui arwah ayahnya mempunyai banyak hutang dan mereka tidak ditinggalkan sebarang harta untuk meneruskan kehidupan.

Tanpa arah tujuan, mereka pulang ke kampung Suraya dan tinggal bersama kakak Suraya, Hawa. Inas begitu benci akan kehidupannya di kampung dan menyalahkan ibu dan arwah bapanya atas tragedi yang telah menimpa dirinya. Namun, ada seorang pemuda di kampung yang bernama Kamal telah jatuh hati dengan Inas dan sanggup buat apa sahaja agar Inas bahagia hidup di kampung.

Nasib Inas tidak habis di situ apabila dia diperkosa oleh bekas teman lelakinya, Shidi yang datang mencarinya di kampung. Tidak lama kemudian, Inas mendapati dirinya mengandung. Kamal cuba untuk membantu Inas tetapi Inas terlalu degil demi mencapai cita-citanya untuk keluar daripada kampung itu dan mencari kebahagiaannya sendiri sehingga dia sanggup meninggalkan anak yang dilahirkan.

Baca juga: Bukan Bidadari, Slot Lestary TV3 [TAMAT]



Sementara itu, semasa di Kuala Lumpur Inas telah bertemu dengan Arif, anak usahawan yang kacak dan berbudi pekerti. Akhirnya Inas berkahwin dengan Arif tanpa mendapatkan restu daripada ibunya. Malangnya, selepas berkahwin dengan putera hatinya, barulah dia sedar yang Arif seorang yang baran dan sering mendera emosi dan fizikal Inas.

Baca juga: Tonton Bukan Bidadari Episod 13 (Akhir)


Beberapa kali Inas cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Disebabkan tidak sanggup menerima seksaan oleh Arif, Inas telah mempelajari seni mempertahankan diri secara senyap-senyap. Akhirnya Inas berjaya melepaskan dirinya dengan membunuh Arif. Inas pulang ke kampung mencari ibunya dan Kamal. Namun hampa hatinya apabila mendapati Kamal sudah menjadi tunangan orang. Apakah nasib Inas seterusnya? Masih adakah peluang ke dua buatnya untuk bertakhta di dalam hati Kamal? Adakah benar Arif telah meninggal dunia seperti sangkaan Inas?

Lakonan Nad Zainal (Inas), Azlee Khairi (Kamal), Shaarnaz Ahmad (Ariff), Sara Ali (Ayu), Fiza Halim (Suraya), Zuhairi Ibrahim (Ibrahim), Muniff Isa (Shidi), Azhar Sulaiman (Roy), Liza Zain (Hawa), dan Wan Raja (Ali).

Tonton Bukan Bidadari Episod 6 - CLICK HERE!

Related Post
Tonton Nora Elena Episod 1-24, Slot Akasia TV3
Tonton Nora Elena Episod 1-24, Slot Akasia TV3 Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa…
Tonton Dahil May Isang Ikaw, Filipino Drama TV3
Tonton Dahil May Isang Ikaw, Filipino Drama TV3 Tonton Dahil May Isang Ikaw, Filipino Drama TV3 Angel i…
Tonton Bikers Kental 2013 Full Movie
Tonton Bikers Kental 2013 Full Movie Tonton Bikers Kental 2013 Full Movie Kisah seorang anak mud…
Tonton Cinta Jangan Pergi Full Episod, TV9
Tonton Cinta Jangan Pergi Full Episod, TV9 Tonton Cinta Jangan Pergi Full Episod, TV9 Bermula 6 April…
Post a Comment
Additional JS