752
0
Home  ›  Antara Kita  ›  Drama  ›  Tonton Online

Tonton Antara Kita (TVi) Episod 7

Tonton Antara Kita (TVi) Episod 7 | DramaTvOnline-1


SINOPSIS ANTARA KITA (TVi)
mengisahkan tentang kehidupan Pak Adman yang membuka sebuah syarikat agensi papan pengiklanan secara kecil-kecilan.Pak Adman telah lama menduda setelah kematian isterinya. Dia kemudiannya tinggal bersama anak kembar perempuannya, Ain dan Nurul. Ain dan Nurul kini menuntut di pusat pengajian tinggi. Pak Adman terlalu sayangkan anak-anaknya dan pada masa yang sama juga risaukan anak-anaknya kerana mereka kini sudah dewasa dan mudah terdedah kepada dunia luar.


Situasi itu menyebabkan adakalanya dia dilihat seperti mengongkong anak-anaknya. Dia akan mengambil tahu apa saja yang dilakukan oleh kedua-dua anaknya. Dia akan menjadi lebih risau jika ada lelaki ingin mengganggu atau memikat anak-anak-anaknya. Begitu juga sekiranya mereka tidak menjawab telefon kerana anak-anaknya masih muda dan belum bersedia berdepan cabaran hidup.


Satu perkara yang Pak Adman lupa ialah anak-anaknya kini telah remaja dan dalam usia yang begini berbagai-bagai dugaan yang terpaksa mereka tempuhi. Apatahlagi Nurul dan Ain merupakan dua orang gadis yang cantik. Pasti ada sahaja lelaki yang cuba memikat mereka. Inilah perkara paling utama yang merisaukan Pak Adman kerana baginya lelaki cuma ingin mengambil kesempatan ke atas diri anak-anaknya.

Baca juga: Tonton Antara Kita (TVi) Episod 13 (Akhir)




Ain dan Nurul mempunyai perwatakan yang berbeza walaupun mereka kembar tak seiras. Ain yang sulong walaupun bersikap happy go lucky tetapi lebih bertanggungjawab. Nurul pula seorang gadis yang sentiasa ceria dan bersikap agak sambil lewa dalam segala hal. Adakalanya mereka akan merasa bosan jika ayah mereka terlalu mengongkong


Pergerakan mereka sentiasa dipantau oleh Pak Adman menerusi dua orang pekerjanya, Jay dan Airil. Mereka diupah supaya mengintip pergerakan mereka dan mengorek rahsia anak-anaknya. Tambahan pula Ain dan Nurul tahu ayah mereka tidak suka mereka mempunyai teman lelaki.

Baca juga: Tonton Antara Kita (TVi) Episod 12



Jay dan Airil masing-masing berusia awal 20-an. Jay dan Airil walaupun bersahabat tetapi mempunyai perangai dan sikap yang berbeza. Jay lebih ceria setiap masa dan seperti tidak pernah ada masalah. Tidak pernah serius dalam segala hal. Manakala Airil walaupun bekerja tetapi masih bercita-cita tinggi ingin menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Maka Pak Adman akan selalu memberikan tanggungjawab lebih kepada Airil.


Setiap hari jika tiada kelas, Ain dan Nurul sering menghabiskan masa mereka di tempat kerja ayah mereka. Ain akan menolong ayahnya dan Nurul lebih suka mengacau mereka. Airil pula dalam diam sukakan Ain tetapi malu untuk menyatakannya dan Ain juga dalam diam sukakan Airil tetapi malu untuk menyatakannya.


Mampukah cinta mereka bersatu? Atau ianya tersekar di tengah jalan bila Pak Adman mengetahui hal yang sebenar?


Tonton Antara Kita Episod 7 - CLICK HERE!

Related Post
Tonton Hujan Slot Azalea TV3 Full Episod
Tonton Hujan Slot Azalea TV3 Full EpisodTonton Hujan Slot Azalea TV3 Full EpisodSinopsis. Kehidupan Azura dan …
Tonton Bas King Raya TV3 2013
Tonton Bas King Raya TV3 2013Tonton Bas King Raya TV3 2013Sebuah program muzikal yang mengisahkan 3…
Be Careful With My Heart - Filipino Drama TV3 (Malay Sub)
Be Careful With My Heart - Filipino Drama TV3 (Malay Sub) Terbaru di slot Telenovela, drama siri Filipina terbitan ABN-CBS,…
6
Tonton Sangkar Slot Ratu TV9 Full Episod
Tonton Sangkar Slot Ratu TV9 Full EpisodTonton Sangkar Slot Ratu TV9 Full EpisodSinopsis Sangkar TV9.Drama ini…
Post a Comment
Additional JS