Saturday, July 7, 2012

Lara Hati, Slot Ratu TV9 [1-14] (Download) TAMAT

lara hati slot ratu tv9


Slot Ratu akan meneruskan sajian drama hebat dengan drama bersiri Lara Hati yang akan mula bersiaran pada 1 Mei 2012, setiap Isnin dan Selasa, 8.30 malam. Lara Hati tampil dengan gandingan mantap pelakon serba boleh Noorkhiriah dan Rusdi Ramli dalam sebuah cinta yang penuh konflik.


Drama bersiri 14 episod ini mengisahkan tentang Roseida (Noorkhiriah) yang menjadi kegilaan ramai lelaki sejak di bangku sekolah lagi tetapi fokusnya hanya untuk belajar dan mengubah nasib keluarganya. Keharmonian keluarganya mula terganggu apabila ibunya (Lydiawati) mengahwini Mat Isa. Roseida berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan menjalinkan hubungan dengan Hadeef lakonan Rusdi Ramli. Kehidupannya mula berubah apabila bapa tirinya meninggal dunia dan memberi kesan pada kedudukan kewangan keluarganya. Untuk menampung perbelanjaan Roseida di universiti, ibunya memaksa dia berkahwin dengan seorang pegawai pemasaran, Roslin (Faizal Hussein). Tidak lama selepas perkahwinan mengejut itu Roseida disahkan mengandung dan Roseida tidak lagi mahu meneruskan pengajiannya di universiti.


Sepuluh tahun kemudian, semasa Roseida ke hospital untuk melawat suaminya yang koma akibat ditimpa kemalangan, dia terserempak dengan cinta pertamanya Hadeef. Setelah Roslin pulih daripada koma, dia diceraikan. Tidak ingin terus dihimpit kesedihan, Roseida nekad untuk memulakan hidup baru. Roseida berbaik semula dengan Hadeef namun terpaksa memendam perasaan apabila mendapat tahu bahawa Hadeef adalah teman lelaki adiknya Roseliza (Sharifah Sakinah). Haruskah Roseida mengalah demi kebahagiaan adiknya atau terus mengejar kebahagiaan yang telah lama diimpikannya?


Episod 14 - 20 Jun | Hotfile
Episod 13 - 13 Jun | Hotfile
Episod 12 - 12 Jun | Hotfile
Episod 11 - 06 Jun | Hotfile
Episod 10 - 05 Jun | Hotfile
Episod 09 - 30 Mei | Hotfile
Episod 08 - 29 Mei | Hotfile
Episod 07 - 22 Mei | Hotfile
Episod 06 - 21 Mei | Mediafire
Episod 05 - 15 Mei | Mediafire
Episod 04 - 14 Mei | Mediafire
Episod 03 - 08 Mei | Mediafire
Episod 02 - 07 Mei | Mediafire
Episod 01 - 01 Mei | Mediafire

Next

Related

2 comments

citer ni kami x dpt download dari tonton dah.. x boleh capture video dorg..


EmoticonEmoticon