752
0
Home  ›  Astro Citra  ›  Telemovie  ›  Tonton Online

Tonton Telemovie Parut Ashikin

Tonton Telemovie Parut Ashikin | DramaTvOnline-1


Sinopsis
Nur Ashikin (Erra Fazira) seorang wanita jelita yang muncul secara misteri di sebuah pondok pengajian agama Tok Guru Haji Asmawi yang diamanahkan kepada Ustaz Muas (Eman Manan). Kemunculan Ashikin mengubah kehidupan Ustaz Muas yang selama ini setia mengajar agama di pondok itu. Selepas kematian isterinya Kalthum, Ustaz Muas berkahwin dengan Ashikin untuk mengelakkan berlakunya fitnah.


Tetapi perkahwinan itu telah membongkar peristiwa 20 tahun dahulu. Parut yang ada pada tubuh Ashikin mengingatkan Haji Muas kepada peristiwa kejam dan tragis yang menyaksikan kematian bapa Ashikin ditangan Muas dan tubuh Ashikin semasa bayi dikelar kejam oleh Muas. Menginsafi kejahatan dan dosanya kepada Ashikin, Muas bertekad menjaga Ashikin hingga mendorong Muas membina rumah di tengah tasik untuk mereka berdua.

Baca juga: Tonton Telemovie Parut Ashikin



Ini kerana Muas pernah mendengar bisikan bahawa Ashikin akan mati disengat oleh labah-labah hutan dan rumah di tengah tasik bakal menyelamatkan nyawa Ashikin.


Sementara itu, Lazim lakonan Bohari Ibrahim kawan Muas yang sama terlibat dalam rompakan di rumah Ashikin dahulu telah tertangkap dan dihukum. Tetapi Muas berjaya melarikan diri. Peristiwa itu terus menghantui hidup Muas sehingga mengubah haluan hidupnya dan berbakti di Pondok Tuan Guru Haji Asmawi.

Baca juga: Telemovie Parut Ashikin, Astro Citra (Download)




Dalam pada itu, Lazim terus menjejaki Muas kerana dia menganggap Muas mengkhianatinya dan akhirnya berjaya menemui Muas di pondok perguruan itu. Dia mahu melunaskan dendamnya dengan membunuh Muas yang kini sedang menjaga isterinya Ashikin yang sedang sarat mengandung.


Drama ini mengisahkan erti kesetiaan, cinta, dendam dan pengkhianatan dalam sebuah plot penceritaan yang luar biasa. Api cinta dan dendam akan menjadi debaran kencang dalam drama ini yang menyaksikan gabungan dua pelakon terbaik tanah air, Erra Fazira dan Eman Manan.


Tonton Telemovie Parut Ashikin - CLICK HERE!
Related Post
Tiada Yang Kedua (2012) Astro Citra [Download]
Tiada Yang Kedua (2012) Astro Citra [Download] Tiada Yang Kedua (2012) Nur Shahirah yang menikahi Imran dengan satu…
Tonton Telemovie Parut Ashikin
Tonton Telemovie Parut Ashikin Sinopsis Nur Ashikin (Erra Fazira) seorang wanita jelita yang muncul…
Telemovie Parut Ashikin, Astro Citra (Download)
Telemovie Parut Ashikin, Astro Citra (Download) Sinopsis Nur Ashikin (Erra Fazira) seorang wanita jelita yang muncul…
Tonton Telemovie Hatiku Di Kinabalu Astro Citra
Tonton Telemovie Hatiku Di Kinabalu Astro Citra Sinopsis: Hatiku Di Kinabalu mengisahkan Anuar (Zul) dan Qistina (Ya…
Post a Comment
Additional JS