752
0
Home  ›  Skrin Di TV9  ›  Telemovie  ›  Tonton Online

Tonton Telemovie Skizo, Skrin Di TV9

Tonton Telemovie Skizo, Skrin Di TV9 | DramaTvOnline-1

Skizo tajuk telemovie Skrin Di 9 minggu ini mengisahkan Aisyah (Yasmin Hani) berkahwin dengan Azlan (Ungku Ismail). Aisyah pewaris tunggal harta Datuk Zamani yang meninggal dunia akibat kapal terbang terhempas. Aisyah menyerahkan segala urusan perniagaan peninggalan arwah bapanya kepada Azlan. Meskipun lima tahun bergelar isteri, dia belum dikurniakan cahaya mata dan bercadang untuk mengambil anak angkat tetapi Azlan tidak bersetuju. Azlan terpaksa meninggalkan Aisyah selama setahun untuk menguruskan perniagaan di luar negara. Ketika pulang dari lapangan terbang, Aisyah terkejut apabila ada seorang wanita pengsan di depan pagar rumahnya.

Baca juga: Tonton Telemovie Autumn Di Hatiku, Skrin Di TV9


Apabila sedar, wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Suzana dan mengaku dirinya hamil. Suzana melarikan diri daripada kekasihnya yang zalim iaitu Sahul (Jashuke). Suzana mahu menggugurkan kandungannya tetapi Aisyah menghalang. Memandangkan Aisyah sangat inginkan anak, Suzana mencadangkan supaya Aisyah menipu Azlan kononnya dia hamil. Suzana berjanji akan menyerahkan bayinya kepada Aisyah. Rancangan itu bagaimanapun dapat dihidu Sahul dan menyebabkan Aisyah sering diugut lelaki tidak bertimbang rasa itu. Satu hari Aisyah bergelut dengan Sahul dan secara tidak sengaja tertikam Sahul. Aisyah panik lalu dia dan Suzana mencampakkan mayat Sahul ke dalam gaung. Apa kesudahan cerita ini, sama-sama kita ikuti Rabu ini. Lakonan Ungku Ismail, Nabila Huda, Jashuke dan Yasmin Hani.

Baca juga: Tonton Lambaian Baitullah TV9



Tonton Skizo, Skrin Di TV9 - CLICK HERE!
Related Post
Tonton Ampun Untukmu, Skrin Di TV9
Tonton Ampun Untukmu, Skrin Di TV9 Hidup mereka daif, miskin dan makin terhimpit bila Faris lumpuh. Hai…
Tonton Amarah Hawa, Skrin Di TV9
Tonton Amarah Hawa, Skrin Di TV9 Drama ini mengisahkan Hawa wanita yang sanggup berkorban demi suaminy…
Tonton Telemovie Minah Karipap
Tonton Telemovie Minah Karipap Menceritakan seorang pelajar bernama Minah yang sangat menggemari kui…
Tonton Dengan Izin-Nya, Istimewa Nuzul Al-Quran
Tonton Dengan Izin-Nya, Istimewa Nuzul Al-Quran Telemovie istimewa sempena Nuzul Al-Quran,mengisahkan tentang kehidu…
Post a Comment
Additional JS