752
0
Home  ›  Cerekarama TV3  ›  Tonton Online

Tonton Nurin Najwa, Cerekarama TV3

Tonton Nurin Najwa, Cerekarama TV3 | DramaTvOnline-1


Cerekarama minggu ini membawa kisah mengenai Nurin Najwa yang merupakan anak tunggal kepada Tuan Mahdi dan Puan Zahra. Dia bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi. Bapanya seorang pakar motivasi manakala ibunya pegawai diplomatik yang sentiasa ke luar negara atas urusan kerja. Semenjak dari kecil lagi, Nurin Najwa telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dari segi pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah. Manakala Irfan, seorang pelajar lelaki yang datang daripada keluarga sederhana.

Baca juga: Tonton Ciptaan Terindah, Cerekarama TV3



Bapanya telah meninggal dunia manakala ibunya pula mengambil upah menjahit pakaian dan membuat kuih sebagai pendapatan sampingan. Umum telah mengetahui, bapa Irfan ialah bekas banduan yang mati di tali gantung akibat dadah. Oleh itu, Irfan sering diejek. Tika yang menaruh harapan terhadap Irfan sering membelanya dari dibuli. Dia merupakan gadis kampung yang liar dan bersosial. Di sekolah, Tika sering mempunyai masalah disiplin kerana sikapnya yang suka bergaduh dengan rakan-rakan sekolah. Tika sangat meminati Irfan tetapi Irfan tidak melayannya, sekadar bertegur sapa sebagai kawan sahaja.

Baca juga: Tonton Kampung Ku Dan Aidiladha TV3




Secara kebetulan kelas tambahan yang dihadiri oleh Irfan juga dihadiri oleh Nurin Najwa. Secara tidak langsung, ini telah membuka kepada awal perkenalan di antara mereka secara lebih rapat. Ternyata Tika cemburukan hubungan di antara mereka. Lakonan Sari Yanti, Nisha Dirr, Zahiril Adzim, Zamarul Hisyam, Mustapha Kamal, Betty Benafe dan ramai lagi.


Tonton Nurin Najwa Cerekarama TV3 - CLICK HERE!
Related Post
Tonton Episod 3 Cinta Kau Dan Aku TV1
Tonton Episod 3 Cinta Kau Dan Aku TV1 Tonton Episod 3 Cinta Kau Dan Aku TV1  Sinopsis penuh …
Tonton Janji Si Bidadari, Cerekarama TV3
Tonton Janji Si Bidadari, Cerekarama TV3 Tonton Janji Si Bidadari, Cerekarama TV3  Janji Si Bid…
Tonton Hanya Padamu Episod 9, Slot Zehra TV3
Tonton Hanya Padamu Episod 9, Slot Zehra TV3 Tonton Hanya Padamu Episod 9, Slot Zehra TV3  Suatu har…
Tonton Hanya Padamu Episod 10, Slot Zehra TV3
Tonton Hanya Padamu Episod 10, Slot Zehra TV3 Tonton Hanya Padamu Episod 10, Slot Zehra TV3  Suatu h…
Post a Comment
Additional JS