752
0
Home  ›  Drama  ›  Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Paan Faiz, Setiap Rabu Di TV3

Sinopsis Drama Paan Faiz, Setiap Rabu Di TV3 | DramaTvOnline-1


Drama bersiri 13 episod ini mengisahkan Paan (Zalif Sidek) seorang yang malas, loyar buruk dan suka menjawab manakala Paiz (Zahiril Adzim) seorang yang kacak, bergaya dan rajin. Paiz memulakan kerjayanya sebagai seorang arkitek tetapi Paan masih tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Mereka tinggal bersama dan sering melakukan aktiviti bersama pada waktu lapang. Paan terkejut apabila Paiz bercadang untuk kahwin. Paan menjadi marah kerana Paiz telah berahsia dengannya. Siapakah bakal isteri Paiz itu?

Baca juga: Rindu Awak 200% 2014 - Slot Akasia TV3 (Episod 1)



Paan mula menyiasat. Satu kejutan demi satu kejutan berlaku dan kejutan akhir adalah yang paling mengejutkan Paan! Dia tidak menyangka bahawa wanita yang akan ‘merampas’ kawan baiknya ialah adik perempuannya sendiri, Dira (Sari Yanti). Bimbang akan kehilangan kawan karibnya selepas Paiz berumah tangga, Paan sengaja menimbulkan pelbagai masalah walaupun Paiz bakal memperisterikan adiknya. Namun, kerisauan Paan tidak berpanjangan kerana Paiz tidak bercadang untuk berpindah keluar daripada rumah tersebut selepas kahwin.

Baca juga: Be Careful With My Heart - Filipino Drama TV3 (Malay Sub)




Dira mula rimas dengan abangnya yang asyik memerap di rumah tanpa membuat apa-apa. Paiz asyik bersama Paan dengan aktiviti harian mereka dan jarang meluangkan masa untuk Dira. Bagi mendapatkan kembali suaminya, Dira telah mengikut nasihat Kak Leha (Norhayati Taib) untuk mencari jodoh untuk Paan dengan harapan Paan cepat kahwin dan pindah dari sana. Apakah rancangan Dira akan berhasil? 


Lakonan Zahiril Adzim, Zalif Sidek, Sari Yanti, Norhayati Taib dan Razak Ahmad.
Related Post
Sinopsis Drama Paan Faiz, Setiap Rabu Di TV3
Sinopsis Drama Paan Faiz, Setiap Rabu Di TV3 Drama bersiri 13 episod ini mengisahkan Paan (Zalif Sidek) seorang y…
Sinopsis 3 Janji, Slot Lestary TV3
Sinopsis 3 Janji, Slot Lestary TV3 Sinopsis 3 Janji Drama ini mula di tayang Selasa minggu depan mengga…
Mahabbah, Slot Samarinda TV3 (Download) [1-25] TAMAT
Mahabbah, Slot Samarinda TV3 (Download) [1-25] TAMAT Sinopsis Mahabbah: Sesungguhnya setiap percintaan mempunyai kisah ter…
Sinopsis Cinta Buat Emelda, Slot Akasia TV3
Sinopsis Cinta Buat Emelda, Slot Akasia TV3 Drama terbaru di Slot Akasia, Cinta Buat Emelda merupakan adaptasi s…
Post a Comment
Additional JS