Walimatulurus Yusry & Lisa Surihani (Download)
Episod 1 yang disiarkan pada 25 Februari, pukul 10 malam akan meneliti  profil pengantin lelaki dan perempuan, kisah cinta mereka daripada kaca  mata mereka sendiri serta kenalan dan ahli keluarga, serta persiapan  perkahwinan. Tidak lupa juga bekas isteri Yusri, Erra Fazira ditemubual  dalam Dokumentari Walimatul Urus Yusri KRU dan Lisa Surihani.
  Para peminat Yusri dan Lisa semestinya ingin mengetahui secara lebih  lanjut tentang detik perkenalan awal mereka berdua. Siapakah yang  memulakan langkah pertama dan bagaimanakah reaksi insan-insan yang  seharusnya sentiasa rapat dalam kehidupan mereka berdua?   
  Apakah pula perubahan ketara yang ditunjukkan oleh Yusri dan Lisa,  apabila kedua-duanya dilamun cinta? Tahukah peminat bahawa temujanji  pertama Yusry ialah bersama ibu Lisa, Puan Siti Amira dan bukan anak  gadisnya Lisa? Semuanya akan didedahkan di episod pertama dalam  dokumentari ini.
  Di Episod 2 pula yang akan disiarkan pada 3 Mac 2012 pada pukul 10  malam, dokumentari ini bersambung di upacara akad nikah, persiapan  terakhir majlis persandingan, liputan majlis persandingan dan  pengakhiran sesi temubual bersama pengantin lelaki dan perempuan tentang  perancangan dan harapan masa depan mereka.
  Antara paparan menarik yang akan dikongsikan bersama penonton ialah  tentang konsep perkahwinan Yusry dan Lisa khususnya tema, makna di  sebalik warna serta pakaian yang dipilih mereka. Di satu babak juga, Ibu  Lisa akan bercerita tentang kerisauannya kerana Lisa dan Yusry sentiasa  sibuk dan banyak perkara yang belum siap.
Bahagian 2 - 03 Mac | Mediafire Part 1 Part 2
