752
0
Home  ›  Sinopsis Drama  ›  Slot Akasia TV3

Sinopsis Drama Nora Elena, Slot Akasia TV3

Sinopsis Drama Nora Elena, Slot Akasia TV3 | DramaTvOnline-1

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…

Baca juga: Seindah Sakura, Slot Akasia TV3 (Download) TAMAT


Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

Baca juga: Mahabbah, Slot Samarinda TV3 (Download) [1-25] TAMAT


“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.
Related Post
Sinopsis Amukan Pocong, Slot Seram TV3
Sinopsis Amukan Pocong, Slot Seram TV3 Bermula 13 Mac minggu depan, Amukan Pocong akan menggantikan Santau M…
Sinopsis 3 Janji, Slot Lestary TV3
Sinopsis 3 Janji, Slot Lestary TV3 Sinopsis 3 Janji Drama ini mula di tayang Selasa minggu depan mengga…
Sinopsis Pistachio Dayana
Sinopsis Pistachio Dayana Dayana mempunyai seorang abang bernama Faris namun hubungan mereka ti…
Sinopsis Cinta Buat Emelda, Slot Akasia TV3
Sinopsis Cinta Buat Emelda, Slot Akasia TV3 Drama terbaru di Slot Akasia, Cinta Buat Emelda merupakan adaptasi s…
Post a Comment
Additional JS