Aishiteru, Aurora TV9 (Download-Tamat)
 Aishiteru bermula dengan Izrael,  lakonan Afiq Muiz yang mempunyai tabiat suka berfoya-foya dan sering  bertukar pasangan. Suatu hari ketika bersuka-ria di pub bersama  rakan-rakan, Izrael ditahan oleh penguatkuasa kerana didapati memiliki  pil ecstacy. Izrael bingung kerana dia sememangnya tidak pernah  mengambil pil khayal itu dan hairan bagaimana pil itu boleh berada  didalam poketnya. Akhirnya Izrael mendapat tahu ianya adalah kerja bekas  teman wanitanya bernama Rania yang masih berdendam dengan Izrael kerana  memutuskan hubungan cinta mereka.
Datuk Izrael  iaitu Leftenan Kolonel (B) Ismail merupakan seorang yang tegas dan telah  menjamin Izrael tetapi dengan bersyarat. Izrael perlu menjalani  perintah berkurung di rumah dan juga akan dimasukkan ke Institut Latihan  Tentera Laut Diraja Malaysia. Ini membuatkan Izrael berasa rimas kerana  dia sering keluar rumah untuk berhibur.
Sehingga suatu hari, dia telah  menyelinap mengikut rakan-rakannya bercuti ke Pulau Pangkor. Di satu  perkampungan nelayan, Azira, lakonan Erin Malik, meratap sedih kerana  terpaksa melepaskan sahabat baiknya Ammar melanjutkan pelajaran ke  Universiti Malaya. Dalam diam, Azira menaruh hati terhadap Ammar tetapi  segan untuk meluahkan hati. Ketika keluarga Ammar sibuk membuat kenduri  kesyukuran, Azira telah menyelitkan surat cintanya ke dalam buku Ammar.  Harapan Azira agar Ammar membaca surat tersebut dan membalas cintanya.
Izrael dan rakan-rakannya  terserempak dengan Azira dan mereka mengusik Azira. Izrael yang  sememangnya dikenali sebagai kaki perempuan dikalangan rakan-rakannya  telah mengusik Azira yang mempunyai perwatakan yang cantik dan lembut.  Sikap ‘jual mahal’ Azira membuatkan Izrael semakin tertarik untuk  mendekatinya. Pelbagai cara dilakukan oleh Izrael sehingga penduduk  kampung menyangka Azira telah menggatal dengan pemuda dari bandar.  Gara-gara mulut Muna yang suka menjaga tepi kain orang terutamanya Azira  menguatkan lagi sangkaan buruk penduduk kampung terhadap Azira. Azmi,  abang Azira yang bersikap baran telah mengamuk dan telah menggertak  untuk mengahwinkan Azira dengan Izrael. Azira menjadi semakin tertekan!
Suatu hari Izrael telah menaiki  bot nelayan dan terjatuh ke laut. Izrael berpura-pura lemas dan  diselamatkan oleh Pak Aziz, bapa Azira. Izrael terpaksa berbuat begitu  semata-mata untuk mendekatkan diri dengan Azira. Pak Aziz simpati dengan  Izrael dan membawanya pulang ke rumah. Azira tidak suka dengan  kehadiran Izrael, begitu juga dengan Azmi. Izrael yang masih tidak  berubah perangai tiba-tiba cuba memeluk dan mencium Azira ketika Azira  ingin memberikan air kepada Izrael. Tanpa diduga, Azmi pulang pada waktu  itu dan menyaksikan perbuatan tidak senonoh Izrael. Azmi begitu marah  dan ingin memukul Azira, tetapi dihalang oleh Izrael yang tiba-tiba  sahaja boleh bergerak. Ini membuatkan Azmi bertambah marah kerana Izrael  sebenarnya berbohong dan tidak sakit.
Azmi mencabar Izrael untuk  berkahwin dengan Azira dan ini membuatkan Izrael terjelepuk di lantai!  Muna yang suka membawa mulut telah mendengar pekikan Azmi dan  memberitahu seluruh kampung. Keluarga Azira berasa amat malu. Izrael  pula terpaksa menelefon ibunya Puan Nora dan ini membuatkan ibunya  terutamanya datuk Izrael menjadi terkejut.
Apakah keputusan Izrael? Mana  mungkin Azira bersetuju berkahwin dengan Izrael kerana cintanya hanyalah  pada Ammar! Adakah Leftenan Kolonel Ismail akan menghantar cucunya yang  nakal itu ke Institut Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia?
Episod 13 - 01 Mac (Akhir) | Mediafire
Episod 12 - 23 Feb | Mediafire
Episod 11 - 16 Feb | Mediafire
Episod 10 - 09 Feb | Mediafire
Episod 09 - 02 Feb | Mediafire
Episod 08 - 26 Jan | Hotfile
Episod 07 - 19 Jan | Hotfile
Episod 06 - 12 Jan
Episod 05 - 05 Jan | Hotfile
Episod 04 - 29 Dis | Hotfile
Episod 03 - 22 Dis | Hotfile
Epsiod 02 - 15 Dis | Hotfile
Episod 01 - 08 Dis | Hotfile
