752
0
Home  ›  Filem  ›  Sinopsis Filem

Sinopsis Filem Cinta Kura-Kura 2012

Sinopsis Filem Cinta Kura-Kura 2012 | DramaTvOnline-1

KRU Studios sekali lagi membawa kelainan dalam arena perfileman Malaysia dalam filem animasi terbaru mereka ‘Cinta Kura-Kura’. Aeril Zafrel sebagai pelakon utama yang digandingkan oleh artis yang boleh dikatakan hot sekarang, Tizz Zaqyah.

Yang istimewanya filem ’Cinta Kura-kura ini, watak seekor kura-kura adalah dalam bentuk animasi dan dihidupkan dalam dunia sebenar manusia. Watak hero Kura-kura ini akan dimainkan oleh Jejaka Idaman Malaya, Zizan Raja Lawak. Nak tahu apa lagi yang menarik dalam Filem Cinta Kura-Kura nie, saksikan di pawagam 1 Mac 2012. Tapi sebelum tu, jom layan Sinopsis dan video Trailer filem nie… 

Pengarah

Baca juga: Syif Malam Raya (2020) Full Movie


Nizam Zakaria

Penerbit

Baca juga: Tonton KL Zombi 2013 Full Movie


KRU Studios

Pelakon
Aeril Zafrel, Tizz Zaqyah, Zizan Abdul Razak, Shy8 (Usop Wilcha),Farah Fauzana, Bob AF2, Fizz Fairuz, Munir (Phyne Ballerz), Harun Salim Bachik dan ramai lagi…

Sinopsis

Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya… Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.
Related Post
Jalan Kembali: Bohsia 2 (2012) PPVRip Eng.Hardsub (Download)
Jalan Kembali: Bohsia 2 (2012) PPVRip Eng.Hardsub (Download) Release Date: 07 Jun 2012 | Country: Malaysia | Language: Malay | Gen…
2
Tonton X Janda-Jandaku Gangster Full Movie
Tonton X Janda-Jandaku Gangster Full Movie Sinopsis: 5 bekas isteri. 1 cinta sejati. Ada berani? Hafiz merupaka…
1
You Believe In Ghost? (2012) PPVRip Malay Hardsub (Download)
You Believe In Ghost? (2012) PPVRip Malay Hardsub (Download) Release Date: 17 Mei 2012 | Country: Malaysia | Language: Mandarin | …
X Janda-Jandaku Gangster (2012) PPVRip Eng.Hardsub (Download)
X Janda-Jandaku Gangster (2012) PPVRip Eng.Hardsub (Download) Release Date: 07 Jun 2012 | Country: Malaysia | Language: Malay | Gen…
Post a Comment
Additional JS