Sinopsis Filem 7 Petala Cinta 2012
Pengarah :  Azhari Mohd Zain
Syarikat Penerbit :  Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Genre :  Cinta
Tarikh Tayangan :  15 Mac 2012
PELAKON: Aeril Zafrel, Diana Amir, Fizo Omar
SINOPSIS 7 PETALA CINTA
Kisah  mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan  perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara  seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah  filem mengenai 7 PETALA CINTA.
ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan  ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar  Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap  SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan  HAMKA.
Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan  akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di  Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah  meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun  Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat  mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada  Saidatul Nafisa. HILMA AQILA, adik kepada Hamka juga menuntut di tempat  yang sama dengan Saidatul Nafisa.
Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik.  Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila  seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur  oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik  rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan  yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar.Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai  halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan  Attar bersatu? Apakah niat Nida?
