Sinopsis, kisah benar mengenai kelangsungan hidup seorang budak lelaki yang menghidap AIDS berusia 15 tahun bernama Utih. Berbadan kecil seperti berusia 6 tahun akibat virus penyakit itu yang ditanggungnya sejak lahir.
Ibunya meninggal dunia sewaktu Utih berusia lingkungan setahun manakala bapanya dipenjarakan kerana kesalahan mengedar dadah dan dia dijaga oleh neneknya, Hajirah.