Saturday, March 16, 2013

Tonton Muzik-Muzik 28 2013


Tonton Muzik-Muzik 28 2013


Muzik Muzik tampil dengan set dan wajah baru dengan gandingan AG Hot FM dan Scha Al Yahya sebagai pengacara. Gandingan penyampai radio dan pelakon popular itu tampil menggantikan pengacara Muzik Muzik sebelum ini, Adzriefaiz dan Chad Hot FM.

Kehadiran AG dan Scha dipertemukan untuk kali pertama dijangka memberi kelainan kepada Muzik Muzik edisi ke-28 (MM28). Program TV3 itu kembali menemui penonton setiap Sabtu, mulai esok, jam 5 petang dengan membawa konsep ‘infotainment’.

MM28 juga akan membawa perkembangan semasa muzik dalam dan luar negara setiap minggu serta rutin harian penggiat seni pada setiap bulan. Penerbit program, Azman Ghafar, berkata beberapa segmen baru turut diperkenal untuk memberi paparan lebih mantap.
“Tiga segmen baru terbabit adalah Buzz Buzz, Hot dan Gosip Fifi yang akan bercerita mengenai gosip paling hangat artis dan industri hiburan.  
“Selain cerita artis, bidang tugas pengurus artis, pereka fesyen, juru solek, penulis lagu, penulis lirik dan pemuzik juga akan dipaparkan setiap bulan.  
“Apapun, Muzik Muzik masih mengekalkan carta lagu 20 terbaik dan pencalonan lagu-lagu baru setiap minggu.  
“13 lagu tahun lalu turut dibawa masuk semula ke dalam Muzik Muzik 28 untuk bertanding semula,” katanya.
Tonton Muzik-Muzik 28 Episod 6 - CLICK HERE!
Tonton Muzik-Muzik 28 Episod 5 - CLICK HERE!
Tonton Muzik-Muzik 28 Episod 4 - CLICK HERE!
Tonton Muzik-Muzik 28 Episod 3 - CLICK HERE!
Tonton Muzik-Muzik 28 Episod 2 - CLICK HERE!
Tonton Muzik-Muzik 28 Episod 1 - CLICK HERE!

Next

Related