Tonton Mimpi Cinderella Episod 13 (Akhir), Slot Lestary TV3
Sinopsis penuh. Tamat pengajian, Saleha sukar mendapatkan pekerjaan. Ibu tiri , Karimah. sentiasa membebel menganggap Saleha menjadi beban dan tidak tahu membantu.Dituduh pemalas, dan menyusahkan keluarga,Saleha mahu lari dari keadaan yang dilalui. Hutang bapanya Basir bertimbun-bukan untuk membiayai pengajiannya sebaliknya memenuhi permintaan-permintaan pelik Karimah yang mahu hidup mewah.Karimah banyak mengumpul barang kemas dan duit pemberian Basir, tetapi kedekut untuk membelanjakannya.
Kemewahan dilimpahkan kepada dua anak kandungnya Azira dengan Zarita. Kemanjaan berlebihan karimah,membuat Azira dengan Zarita suka berpoya-poya. Basir menegur sikap Karimah.Tetapi Karimah kalah dengan rayuan anak-anaknya. Saleha mendapat berita gembira mendapat pekerjaan sebagai pembantu peribadi. Majikannya Lorna, seorang anak hartawan yang memiliki beberapa jenis perniagaan. Lorna seorang gadis yang sangat kasar dan garang.Dengan sikap panas barannya, termasuk Saleha pembantunya sudah berjumlah sebelas orang.Saleha bukan dilayan sebagai pembantu peribadi,tetapi mengalahkan orang gaji. Saleha bekerja di rumah dan juga di pejabat Lorna.
Saleha menangis pada hari pertama bekerja kerana ditengking di depan kakitangan pejabat.Bagi pekerja Lorna,hal itu biasa dan menyanga Saleha tidak akan lama bekerja di sana. Mujur Saleha mempunyai sikap sabar yang tinggi. Dia terpaksa melayani kerenah Lorna yang dianggap sesetengah pekerja mengalami sakut mental. Tetapi nenek Lorna,Hajah Ashidah sangat baik. Hajah Ashidah membesarkan Lorna sejak kematian ibu Lorna. Bapa Lorna, Sabri sering berulang alik ke luar Negara menguruskan perniagaan. Begitu juga adiknya Emir yang sedang menyambung pengajian di luar Negara. Bukan asing bagi Saleha apabila Lorna menunjukkan kemarahan kepada siapa sahaja, malah kepada tunangnya Haikal. Haikal sangat menyintai Lorna walaupun sikap Lorna yang panas baran itu.
Ada kalanya Haikal menerima kemarahan Lorna dengan senyuman sahaja.Saleha pelik kerana Haikal sepeti tidak mempunyai sifat pemarah. Dan sikapnya berlawanan sekali dengan Lorna.Dan Lorna sangat sayangkan Haikal dan sentiasa cemburu dengan sikap ramah Haikal kepada orang lain. Melihat kebaikan Hajah Ashidah, Saleha setuju tinggal bersama di rumah Lorna. Hjah Ashida mula menganggap Saleha cucu sendiri.Tetapi Lorna tetap mahu ada batas antara mereka. Kerap Saleha menangis dimarah Lorna dan Haikal selalu ada memujuk dan menyabarkan Saleha.Sekalgus meminta maaf bagi pihak Lorna.Kebaikan Haikal membuatkan Saleha selalu berangan-angan mempunyai teman lelaki sebaik Haikal.
Haikal seorang yang bersifat terbuka. Dia melayan para pekerja seperti keluarga sendiri.Pada mulanya Lorna tidak pernah mencemburui Saleha kerana yakin cinta Haikal hanya untuknya. Bagaimanapun dia mulai menyedari apabila Haikal selalu minta Lorna mencontohi tingkah laku Saleha yang lemah lembut dan dapat bersabar. Lorna sebaliknya menganggap Saleha bukan saingannya. Haikal juga mengangap Saleha adiknya sendiri dan selalu bergurau jika mereka berjumpa. Hajah Ashidah memberi amaran kepada Lorna supaya berubah, atau Haikal mungkin akan jatuh hati kepada Saleha. Lorna tidak hiraukan amaran Hajah Ashidah sebaliknya melayan Saleha seperti biasa.
Kepulangan Emir membuat suasana rumah lebih berubah.Jika sebelum ini hanya seorang yang memberi arahan, kini Saleha terpaksa melayan kerenah dua orang yang berperangai sama.Emir lebih ego dan panas baran berbanding Lorna. Sejak kecil memiliki jiwa pemberontak kerana Basir suka mengawal semua tindakannya. Dia diberi kemewahan tetapi bukan kasih sayang dan perhatian. Hari pertama sampai di rumah, Emir menganggap Saleha orang gaji. Dia meminta Saleha menyediakan semua keperluannya, mengemas biliknya mengikut citarasanya dan menyediakan makanan mengikut seleranya. Lorna dengan Emir kerap bertengkar dan berebut khidmat Saleha. Hajah Ashidah mahu Emir lebih sopan dan menghormati bidang tugas Saleha yang lebih kepada melayan Lorna.
Emir sanggup membayar gaji Saleha lebih tinggi daripada yang dibayar oleh Lorna. Lorna pula tidak akan melepaskan Saleha menjadi pembantu peribadi Emir. Saleha jatuh cinta pandang pertama kepada Emir. Dia hairan,dengan sikap sombong Emir dia boleh jatuh cinta kepada pemuda itu.Lantas dia dengan senang hati mengikut apa sahaja arahan Emir walaupun dilarang Lorna dan Lorna kerap mengingatkannya. Emir pula tetap memandang rendah kepada Saleha. Gadis kampong bukan citarasanya.Sikap naïf Saleha, membuatkan Emir menganggap Saleha boleh diperbodohkan. Namun sebagai gadis terpelajar, Emir selalu meminta pendapat Saleha untuk melaksanakan tugas disyarikat bapanya.Malah Saleha banyak menyelesaikan masalah Emir.
Namun Emr tidak pernah menghargai apa yang dilakukan Saleha, sebaliknya menganggap ia kebijaksanaannya sendiri mencari jalan penyelesaian. Hajah Ashidah memerhatikan keadaan Saleha.Hajah Ashidah tahu Saleha terseksa dengan karenah cucu-cucunya. Hajah Ashidah mencadangkan Saleha berhenti kerja memandangkan Lorna juga akan melangsungkan perkahwinannya dengan Haikal tak lama lagi. Saleha masih mampu bertahan kerana perasaan cintanya kepada Emir. Beberapa minggu menjelang hari perkahwinan Lorna. Lorna menyedari kemesraan Haikal dengan Saleha. Lorna menyangka Haikal jatuh cinta kepada Saleha. Haikal menjelaskan yang cintanya hanya kepada Lorna dan menganggap Saleha seperti adik.
Namun perasaan cemburu Lorna semakin meluap kepada Saleha. Lorna mengamuk dan membaling Saleha dengan kasut pengantinnya. Lorna memang tidak sukakan kasut itu dan mahu Saleha membuangnya. Tetapi hatinya sedang sakit, Lorna ambik kesempatan membaling Salhea dengan kasut itu. Merasa sayang dengan kasut yang cantik itu, Saleha menyimpannya dan akan membaiki bahagian yang rosak. Saleha berangan-angan untuk memakai kasut itu pada hari perkahwinannya. Saleha menyimpan kasut itu di dalam biliknya. Menjelang hari perkahwinannya ,Lorna tidak mahu Saleha bekerja dengannya lagi. Lorna memecat Saleha. Emir pula menawarkan Saleha untuk bekerja dengannya.
Bagaimanapun Saleha menolak.Dia mahu melupakan Emir yang dianggapnya tidak akan jatuh cinta kepadanya. Ketika berkemas barangnya untuk balik ke kampong, Saleha tidak perasan sebelah kasutnya terjatuh ke bawah katil. Dia hanya memasukkan kotak yang berisi sebelah kasut ke dalam beg pakaian. Saleha meninggalkan rumah Lorna membawa pelbagai kenangan. Rindu kepada kemesraan Hajah Ashidah dan kebaikan Haikal membuatkan dia sedih. Namun lebih menyeksa apabila berasa sangat rindukan Emir. Emir juga terasa ketiadaan Saleha.
Dia berasa sunyi selepas Lorna berkahwin.Pembantu peribadi barunya tidak sesuai dengan jiwanya, lantas dia mengambil pembantu peribadi lelaki. Kenangan dengan Saleha sentiasa amenjerat perasaan Emir. Bagaimanapun Emir cuba menafikan kerana gadis kampong itu memang tidak sesuai untuknya. Tetapi banyak pertanyaan kepada Hajah Ashidah tentang Saleha membuatkan Hjh Ashidah yakin Emir sudah jatuh cinta kepada Saleha. Di kampung, Saleha terpaksa berdepan dengan kerenah dan maki hamun ibu tirinya. Amat mengejutkan apabila dia menyedari hanya membawa sebelah kasutnya sahaja.Adik-adik tirinya mengejak Saleha setiap kali Saleha merenung kasut tersebut.
Zarita berkata Saleha berangan-angan hendak menjadi Cinderella dan sedang menunggu putera impian membawa sebelah kasutnya. Karimah pula menghalau Saleha untuk mencari pekerjaan kerana sumber kewangannya sudah tiada.Selama ini Saleha memberinya banyak wang dan kemewahan. Bapanya pula sudah tidak berdaya untuk bekerja. Akhirnya Saleha kembali ke Bandar untuk mencari pekerjaan. Dengan bantuan kawan-kawan yang dikenali,dia menghadiri beberapa interview. Ketika dibandar, dia ternampak Emir bertengkar dengan seorang gadis. Saleha kecewa kerana Emir sudah ada teman wanita. Bagaimanapun Saleha terkejut apabila teman wanita Emir cuba melanggar Emir dan Saleha bertindak menolak Emir ke tepi untuk mengelakkan kena langgar.
Lakonan Eina Azman , Afiq Muiz, Izzue Islam dan Hiera Hassan.
Tonton Mimpi Cinderella Episod 13 (Akhir), Slot Lestary TV3 - CLICK HERE!
Episod Lain - CLICK
EmoticonEmoticon