752
0
Home  ›  Filem  ›  Sinopsis Filem

Sinopsis Filem Chow Kit 2012

sinopsis filem chow kit

Sinopsis Chow Kit
Sekumpulan kanak-kanak jalanan yang terbiar harus mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di Chow Kit. Tetapi apabila Tika dirogol, mereka perlu bersatu untuk mencari keadilan dan jalan penyelesaian jikalau tidak, banyak lagi nyawa yang akan terkorban.

Sementara itu, seorang bekas ahli kongsi Chow Kit yang baru dibebaskan dari penjara berazam untuk memulakan kehidupan yang baru. Namun dia terjebak semula ke dalam kehidupan silamnya dan bersetuju untuk menjalankan satu tugasan terakhir. Tetapi apabila tugasan tersebut menjadi huru-hara, dia mesti berusaha untuk memperbetulkan keadaan jikalau tidak, kebebasan yang baru dikecapi akan hilang begitu sahaja.

Baca juga: Tonton KL Zombi 2013 Full Movie



Kisah dalam Chow Kit ada 2 bahagian, satu bahagian kisah tentang budak budak yang hidup terbiar di jalanan, manakala bahagian dua cerita tentang kisah hitam macam pelacuran, gangster dan peras ugut orang orang di lorong chow kit tu.

Baca juga: Tonton Anugerah Dendam Yang Terindah Full Movie


Pengarah filem Chow Kit pun ada 2 orang iaitu Rosihan Zain dan Brando Lee, bahasa di dalam filem ini juga ada pelbagai bahasa seperti bahasa melayu, kantonis dan dialek kelantan.

Filem Chow Kit telah lulus dari bahagian penapisan filem , yang dianggap tak sesuai untuk ditonton dan ada dialog yang tak sepatutnya masuk ke dalam filem itu, seperti dialog yang agak lucah dan kasar telah dipotong.

Pelakon yang membintangi filem Chow Kit:
Muhamad Izzam Izzudin, Muhamad Izzam Syafiq, Muzhaffar Shah Shahrul Asran, Nur Nadzirah Rosi, Saiful Ghaz, Namron, Yasmin Hani, Lana Noordin, Airis Yasmin, Dilla, Mers Sia, Beto Qusyairi, Janelle Chin, Dira Abu Zahar, Brandon Yuen, Chen Puie Heng, Amar Delon, Mohd Razib Salimin, K.Ganteeban.

Related Post
Tonton KL Gangster 2011 Full Movie
Tonton KL Gangster 2011 Full Movie SinopsisMengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia ga…
Tonton Mantera 2012 Full Movie
Tonton Mantera 2012 Full Movie Sinopsis: Moscow, Russia Sam Weston, pemilik Weston Technologie…
1
Tonton Man Sewel Datang KL 2012 Full Movie
Tonton Man Sewel Datang KL 2012 Full Movie Sinopsis: MAN SEWEL DATANG KL Osman/Man…pemuda yang berperwatakan gi…
Tonton Momok Jangan Cari Pasal 2012 Full Movie
Tonton Momok Jangan Cari Pasal 2012 Full Movie Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang perjalanan filem terbaru arah…
Post a Comment
Additional JS