Wednesday, October 24, 2012

Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Full Episod



Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Full Episod

Drama bersiri ‘Obsesi’ ini bermula dengan perkahwinan Tengku Azzuddin (Remy Ishak) dengan Shirly Chua (Estelle Looi) yang tidak direstui oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Walaupun rumahtangga mereka bahagia kerana saling mencintai, hidup mereka terpencil daripada kaum keluarga dan sanak saudara. Malah ada ahli keluarga kedua-dua belah pihak yang langsung tidak tahu tentang perkahwinan mereka. Shirly berasal dari keluarga kaya, tetapi ibu dan ayahnya telah meninggal dunia. Dia cuma mempunyai seorang adik bernama Paul (Zachery F) dan sebahagian besar harta pusaka telah diwasiatkan oleh ayahnya kepada Shirly.

Keadaan ini membuatkan Paul tidak berpuas hati dan apabila Shirly berkahwin dengan Tengku Azzuddin, Paul menganggap Tengku Azzuddin mahu membolot harta Shirly, lalu memusuhinya. Pada suatu hari, dua tahun lalu selepas Tengku Azzuddin dan Shirly mendirikan rumahtangga, Tengku Mariam (Hjh Fauziah Nawi), ibu Tengku Azzuddin, telah mengadakan majlis hari jadinya di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Dia hanya menjemput ahli keluarga terdekat sahaja namun oleh kerana Shirly merupakan menantu yang tidak direstui, dia tidak dijemput ke majlis itu.

Shirly yang tidak mahu hubungan suami dengan ibu mertuanya terputus mendesak Tengku Azzuddin supaya menghadiri majlis itu. Untuk mengelakkan dari bersengketa disamping mencurigai isterinya curang, Tengku Azzuddin bersetuju untuk pergi namun di tidak ke rumah ibunya sebaliknya dia ke pejabat. Keadakan menjadi kelam kabut apabila Shirly ditemui oleh pembantu rumahnya mati dibunuh. Polis mengklasifikasikan kejadian di rumah Tengku Azzuddin sebagai rompak dan bunuh namun Paul tidak bersetuju dengan klasifikasi yang dibuat oleh polis. Dia yakin Tengku Azzuddin bertanggungjawab, lebih-lebih lagi apabila semua harta yang ada atas nama Shirly bakal menjadi milik Tengku Azzuddin.

Dia tidak berpuas hati kerana Tengku Azzuddin tidak ditangkap dan didakwa. Apabila perbincangan dengan peguam tidak mendatangkan hasil yang diingini, dia bersumpah akan mencari sendiri maklumat yang boleh membuktikan kesalahan Tengku Azzuddin. Manakala, Tengku Mariam yang kasihan dengan anaknya yang sentiasa murung ingin menjodohkan Tengku Azzuddin dengan Suriati (Lisa Surihani). Berjayakah Paul membuktikan Tengku Azzuddin sebagai pembunuh? Siapakah pembunuh sebenar Shirly dan dapatkah Tengku Azzuddin menerima Suriati dalam hidupnya?

Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 25 - CLICK HERE! (Akhir)
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 24 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 23 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 22 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 21 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 20 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 19 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 18 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 17 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 16 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 15 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 14 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 13 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 12 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 11 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 10 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 9 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 8 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 7 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 6 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 5 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 4 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 3 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 2 - CLICK HERE!
Tonton Obsesi, Samarinda TV3 (2008) Episod 1 - CLICK HERE!

Next

Related


EmoticonEmoticon