Sunday, September 30, 2012

Tonton Kerana Dia Anakku, Cerekarama TV3


Kerana Dia Anakku, Cerekarama TV3

Kerana Dia Anakku mengisahkan Melissa (Eja) hilang kewarasan seketika selepas mengetahui Badrul (Amar Baharin) bertanggungjawab membunuh dan merogol anaknya, Fara (Erin Malik) yang sebelum itu ditemui oleh seorang tukang sapu dalam sebuah longkang. Kemarahannya memuncak apabila menemui sehelai sapu tangan tergantung di dinding selepas menyelak pintu untuk masuk ke rumah terbabit. Desakan masuk ke rumah itu berpunca daripada Najwa (Sarah Elnisa), yang mahu membawa Melissa ke satu tempat. Mereka hanya berjalan kaki.

Tiba-tiba Najwa mengatakan dia pernah ternampak sebuah kereta yang pernah dinaiki Fara yang diletakkan di depan rumah yang tidak dikenali. Melissa sempat menelefon balai polis berhampiran sebelum lelaki yang dikenali Badrul, datang dari entah mana memaki, menghentak dan melempar Melissa ke dinding rumah terbabit. Najwa hanya dapat memandang tanpa dapat membantu sebelum beberapa anggota polis datang dan menahan Badrul.

Ketika itu, Melissa sempat menendang kaki Badrul kerana terlalu marah dan trauma dengan kehilangan anaknya di tangan lelaki yang tidak bertanggungjawab itu. Moral di sebalik cerita itu menggambarkan sikap penyayang seorang ibu. Fara adalah anak perempuan kepada Melissa dan Radzi, lakonan Datuk Eizlan Yusof. Radzi dan Melissa pula kadangkala bertekak kerana sikap degil isterinya yang lebih suka menyiasat sendirian untuk mencari pembunuh Fara dan dibawa ke muka pengadilan.

Babak penahanan Badrul itu antara babak dua hari terakhir penggambaran telefilem bertajuk Kerana Dia Anakku, arahan Feroz Kader di sebuah taman perumahan di Pandan Indah, Kuala Lumpur. Feroz, pernah bekerjasama dengan ramai artis terkenal tempatan. Kata Feroz, telefilem itu menceritakan mengenai pengorbanan dan kasih sayang ibu terhadap anak.

“Jalan cerita telefilem ini adalah mengenai keprihatinan keluarga. Melissa digambarkan seorang yang tertekan dan sentiasa mencari jalan menyelesaikan kekusutan fikirannya yang tragik dengan mencari pembunuh anaknya.
“Elemen penghayatan lakonan diutamakan dalam telefilem ini. Disebabkan kesibukan bertugas sekarang, kes jenayah sering berlaku dengan menjadikan wanita sebagai mangsa.

Lagu latar: 
Rapuh - Agnes Monica 
Aku Tak Mau Sendiri - Bunga Cinta Lestari 
Kesedihanku - Sammy Simorangkir 
Jangan Pergi - D'Masiv 
Ketulusan Hati - Marshanda.

Tonton Kerana Dia Anakku, Cerekarama TV3 - CLICK HERE!

Next

Related


EmoticonEmoticon