Friday, May 3, 2013

Tonton Ariana Mikhail Episod 1-16 Full Episod


Tonton Ariana Mikhail Episod 1-16 Full Episod

Cerita bermula di Paris, France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston, London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti, hubungan mereka rapat seperti abang dan adik. Dalam percutian itu, Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya. Tetapi adalah disebaliknya telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris daripada Amerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia.

Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah. Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ’Peranchis’. Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah. Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.

Jamil meminta maaf bagi pihak Mikhail, kerana mereka baru sahaja sampai bercuti di Paris. Ariana boleh sedikit berbahasa Peranchis mengingatkan Jamil agar menjaga tingkah laku Mikhail. Bagi membalas budi,Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail mengingatkan Jamil jangan buang masa sebab kalau nak gadis melayu balik ke Kuala Lumpur nanti mereka akan bertemu ramai. Jamil menasihatkan Mikhail jangan bongkak nanti dia akan tergila-gilakan Ariana. Tetapi Mikhail ketawakan kata-kata Jamil serta menyuruh Jamil saja mengorat Ariana sekiranya dia berminat.

Episod 16 - 06 Mac CLICK HERE! (Akhir)
Episod 15 - 05 Mac CLICK HERE!
Epiosd 14 - 28 Feb CLICK HERE!
Episod 13 - 27 Feb CLICK HERE!
Episod 12 - 21 Feb CLICK HERE!
Episod 11 - 20 Feb CLICK HERE!
Episod 10 - 14 Feb CLICK HERE!
Episod 09 - 13 Feb CLICK HERE!
Episod 08 - 07 Feb CLICK HERE!
Episod 07 - 06 Feb CLICK HERE!
Episod 06 - 31 Jan CLICK HERE!
Episod 05 - 30 Jan CLICK HERE!
Episod 04 - 24 Jan CLICK HERE!
Episod 03 - 23 Jan CLICK HERE!
Episod 02 - 17 Jan CLICK HERE!
Episod 01 - 16 Jan CLICK HERE!

Next

Related